Memaparkan catatan dengan label Cuti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cuti. Papar semua catatan

Sabtu, 28 Julai 2012

Jutaan Ketam Merah Membanjiri Pulau Di Australia


Pulau Krismas adalah sebuah pulau kecil Australia di Lautan Hindi, 2,600 kilometer
barat laut bandar Perth, yang merupakan rumah kepada pelbagai spesis haiwan dan tumbuhan.

Pulau ini terkenal dengan populasi luar biasa Ketam Merah,
satu spesies ketam tanah yang endemik kepada pulau itu, dan penghijrahan yang menakjubkan mereka dari hutan ke pantai setiap tahun semasa musim pembiakan.














p/s: Nak makan ke? Hehe..


Isnin, 7 Mei 2012

Sungai Congkak - Camping

Asslamualaikum...
Alhmdulillah..selamat juga perkemahan kami di Sungai Congkak, selangor.
Best juga pergi camping ni, tapi biasalah dah lama tak buat aktiviti macam ni kadang-kadang semput la..hehe

Bercerita tentang sungai congkak, sungai congkak merupakan sebuah kawasan rekriasi yang terletak di hulu langat selangor. Terletak hanya 30km dari Kuala LUmpur ternyata menyimpan sebuah keindahan dan ketenangan yang harus dihargai. Air sungainya yang sejuk & jernih bebas dari pencemaran membuatkan ramai yang datang untuk bersantai bersama keluarga.


Pada mulanya admin menyangkakan tempatnya agak terbiar, tapi agak terkejut setibanya admin di sana. Bukan sahaja keadaanya yang teratur, tetapi terdapat perbagai kemudahan seperti Chalet, surau, tandas, malah khemah juga disediakan untuk tujuan perkemahan.
Bayaran masuk adalah RM2 manakala RM10 untuk yang ingin berkemah. Sewa Chalet tidak pula admin sempat nak tanya, terlupa sebab exited sangat time tu.hehe
Tetapi satu keunikan yang akan anda dapt perhatikan tentang pengurusan kawasan tu, kerana bila sahaja anda memasuki kawasan itu, anda akan terlupa yang anda sedang berada di dalam hutan. Keadaan chalet dan fasiliti-fasiliti yang ada disitu membuatkan anda terasa seperti berada di taman perumahan , mungkin juga di kawasan taman.

Rombongan perkemahan admin bertolak pada pukul 2 dari KL dan sampai sana dalam pukul 2.50 macam tu. Sampai saja kami di sana, apa yang kami lakukan ialah mendirikan khemah. Ini adalah penting bagi yang ingin berkhemah supaya jika hujan turun tiada la masalah untuk berteduh.
Memang bertuahlah rombongan admin ni kerana, selesai saja mengangkut barang dan memasang khemah , hujan terus turun...
Nasib baiklah khemah dah pasang awal-awal tadi, so boleh la berteduh dalam khemah.hehe Hujan agak lebat dan lama, kalu tak silap lepas magrib baru hujan berhenti.
Selesai je solat magrib kat surau (khemah dekat dengan surau =P) masing-masing pun lapar la. Apa tidak nya, dari tengahari tadi tak makan nasi lagi dah la tadi hujan lebat pulok tu.hehe

Api pun dinyalakan (cewahh..bunyi senang je, susah kot nak nyalakan api tu..) semua tak sabar-sabar je nak panggang ayam..hehe. Bila dah kenyang,pakat pula semua lepak kat tepi surau, nak mandi sungai pun air keruh..Malam tu kat kawasan khemah memang gelaplah (yela, dah lampu tak bawak.haha) nasib baik ada lampu surau..

Selepas solat Insya' aktiviti di teruskan lagi dengan aktiviti makan lagi..haha Yela, nak buat ape gelap-gelap tu kan, sambil lepak sambil makan..huhu..Time tido, hehe...agak menyeramkan la, maklumlah gelap kan..

Tips= ikat atau kunci zip khemah bila anda tidur untuk keselamatan.

Keesokan hari selepas subuh, cubaan menyalakan api dijalan kan..hehe.. ingat api tak nak nyala sebab kayu api basah disebabkan ujan semalam, tapi sebaik 20mnit slepastu nyala juga akhirnya. Kami semua sarapan ayam, hotdog + air kopi (dari semalam dok minum kopi..smpai ketagih..hehe).
Lepas sarapan apa semua, baru la enjoy mandi sungai..sejuk....haha

::Panduan::

Peralatan yang kami bawa:
-Khemah
-Pisau
-Surat khabar lama
-Arang kayu
-Getah tayar (untuk nyalakan api)
-cawan
-Cerek masak air
-Tong isi makanan
-Tempat panggang
-Lampu (kiteorang tertinggal kat rumah..hehe)

Makanan Yang Kami Bawa:
-Ayam 2ekor (untuk 2org)
-Hotdog(paket besar)
-Sos bbq
-Sos cili
-Minyak Masak
-Kopi & gula



 



















Ahad, 8 April 2012

Shopping di Pekan Selesa

Orang Batu Kurau mesti tau punya pasal pekan selasa ni..heee
bagi yang tak tau, pekan selasa ni lebeh kurang cam uptown or pasar mlm tapi berlaku pada waktu pagi sampai tengah hari ok..dan sudah semestinya hanya pada hari selasa,,nama pun dah pekan selasa kn..heee

Masa balik kampung ari tu i ada la teman my mum pergi membeli di pekan selasa ni..
Pekan selasa ni dekat kawasan pasar basah Batu Kurau. Semua ada dijual disini dan harga nya murah..kalau pandai tawar menawar agi la murah u allls..hee

i xsempat nk snap pic sangat coz sibuk pilih barang nk beli heee..rambang mata...


dah penat jalan akhirnya ini adalah salah satu item y i beli n i suka sangat...



tomeykan tudung ni heeee..rugi la coz i beli satu je..





Selasa, 31 Januari 2012

Esok Cuti

selamat malam semua..
rasa nya dah lama AdminD tak post dalam blog ni..
Minggu lepas i cuti seminggu sempena tahun baru cina..so masuk keje this week memang busy sesangat..
Baru je 2 hari masuk keje, tp i dah rasa nk ambek cuti agi je..haha..

Macam yang u all tahu, esok org2 wilayah akan bercuti sempena Hari wilayah..so admin D yang keje kt KL pun dapat la bercuti esok hahha..heaven nye cuti agi...best2 ..esok boleh tido sepuas2nye..

Nite Semua n Selamat menyambut Hari Wilayah..

p/s admin S jgn lupe awk kena keje esok hahaha...





Ahad, 22 Januari 2012

Uma Buat Apa Hari Ni?








      Selamat Pagi semua =)
        Pasti ada yang tengah baca blog sambil tido ka? haha.. amboi..mentang-mentang la cuti bangun lambat
    noh..haha.

         Amacam raye? banyak angpaw dapat? ke kena paw? hehe.. Biasalah balik kampung mesti anak-anak
    sdara nak kna hulor sikit kan... Admin saja nak pesan, cuti-cuti juga, jangan la asyik tido ja.. Apa kata g
   luangkan masa dengan family yang jarang-jarang nak jumpa tu ha..g berkelah ko, jalan-jalan ko, gotong
  royong kliling umah ka kan... Bagi yang dok kat perantauan tu dah la jarang balik kan.. Pergi kelah kat Air
  Itam tu pung best, hu..sejuk gila air sungei tu.. Jom la cuti-cuti Malaysia sikit..  Tak pun g la melawat
   kawan-kawan kat zoo Tepeng noh... yang tak penoh masuk Safari Night, g la marasa tengok macam mana kan..


       Pastu nak pesan yang nak kelik bandar nanti nek bas dah beli tiket bas?? Ha..mesti belum beli kan?
 Yang dah beli seksiap tu, baguh... Yang tak beli lagi tu, bila uma nak beli? Nanti tiket habis baru la uma kalot.

  Maklumlah raya cina semua orang cuti, banyak yang nek bas, tiket habis uma nganga la.haha.. Bukan jauh sangat pung Kemunting tu ha, g la beli sat seksiap, nanti tak gaduh-gaduh dah nak kalot..kan.


    Apa-apa pun jaga lah diri yo time-time cuti ni... Banyakan masa beriadah bersama keluarga k..

Rabu, 11 Januari 2012

Chinese New Year + Hamper

Chinese New Year

Apa yang anda pikir bila Chinese new year?
Angpau?
Hamper?
Bonus?
Cuti?
Burger Prosperity? Mmm nk singgah MCD la balik kang  I ofcoz pikir cuti kan..plan2 nak cuti panjang oii boleh balik batu kurau maaaa..
Huhuhu 




Sape yang bos Chinese mesti dapat angpau or bonus...wah best la korang kan..jeles I.. ^-^
Citer pasal hamper, today my bos dpt hamper and dia pun angkat kasi I.
Guest wut ape y die suh I wat wit that hamper?
 

OMG , he minta I kol pemberi hamper ni untuk tau semua brg dlm hamper tu halal or x..
ambek ko..terbeliak mata I..call pemberi hamper????

Mmm I pun menurut perintah, kuli cam I kena la ikut perintah bos kan huuhu..
I pun call la pemberi hamper tu,  die pun xtau n minta I check satu2 if ade cop halal then halal la..
haaaaaaaa ambek ko I pun gelak2 la ngn pemberi hamper tu.. =P


Last2 I pun bukak la chek satu2 ..yang halal I bahagi2kan ngn kwn2 I..yang xhalal I juz past kt my collegue y nonmuslim..rezeki korang la ek..huhu.. ^-^


p/s: sory xsempat nk snap pic hamper tu. .:)

~Admin D~



 

Copyright @ 2013 Batu Kurau Kampungku.