Isnin, 7 Mei 2012

Sungai Congkak - Camping

Asslamualaikum...
Alhmdulillah..selamat juga perkemahan kami di Sungai Congkak, selangor.
Best juga pergi camping ni, tapi biasalah dah lama tak buat aktiviti macam ni kadang-kadang semput la..hehe

Bercerita tentang sungai congkak, sungai congkak merupakan sebuah kawasan rekriasi yang terletak di hulu langat selangor. Terletak hanya 30km dari Kuala LUmpur ternyata menyimpan sebuah keindahan dan ketenangan yang harus dihargai. Air sungainya yang sejuk & jernih bebas dari pencemaran membuatkan ramai yang datang untuk bersantai bersama keluarga.


Pada mulanya admin menyangkakan tempatnya agak terbiar, tapi agak terkejut setibanya admin di sana. Bukan sahaja keadaanya yang teratur, tetapi terdapat perbagai kemudahan seperti Chalet, surau, tandas, malah khemah juga disediakan untuk tujuan perkemahan.
Bayaran masuk adalah RM2 manakala RM10 untuk yang ingin berkemah. Sewa Chalet tidak pula admin sempat nak tanya, terlupa sebab exited sangat time tu.hehe
Tetapi satu keunikan yang akan anda dapt perhatikan tentang pengurusan kawasan tu, kerana bila sahaja anda memasuki kawasan itu, anda akan terlupa yang anda sedang berada di dalam hutan. Keadaan chalet dan fasiliti-fasiliti yang ada disitu membuatkan anda terasa seperti berada di taman perumahan , mungkin juga di kawasan taman.

Rombongan perkemahan admin bertolak pada pukul 2 dari KL dan sampai sana dalam pukul 2.50 macam tu. Sampai saja kami di sana, apa yang kami lakukan ialah mendirikan khemah. Ini adalah penting bagi yang ingin berkhemah supaya jika hujan turun tiada la masalah untuk berteduh.
Memang bertuahlah rombongan admin ni kerana, selesai saja mengangkut barang dan memasang khemah , hujan terus turun...
Nasib baiklah khemah dah pasang awal-awal tadi, so boleh la berteduh dalam khemah.hehe Hujan agak lebat dan lama, kalu tak silap lepas magrib baru hujan berhenti.
Selesai je solat magrib kat surau (khemah dekat dengan surau =P) masing-masing pun lapar la. Apa tidak nya, dari tengahari tadi tak makan nasi lagi dah la tadi hujan lebat pulok tu.hehe

Api pun dinyalakan (cewahh..bunyi senang je, susah kot nak nyalakan api tu..) semua tak sabar-sabar je nak panggang ayam..hehe. Bila dah kenyang,pakat pula semua lepak kat tepi surau, nak mandi sungai pun air keruh..Malam tu kat kawasan khemah memang gelaplah (yela, dah lampu tak bawak.haha) nasib baik ada lampu surau..

Selepas solat Insya' aktiviti di teruskan lagi dengan aktiviti makan lagi..haha Yela, nak buat ape gelap-gelap tu kan, sambil lepak sambil makan..huhu..Time tido, hehe...agak menyeramkan la, maklumlah gelap kan..

Tips= ikat atau kunci zip khemah bila anda tidur untuk keselamatan.

Keesokan hari selepas subuh, cubaan menyalakan api dijalan kan..hehe.. ingat api tak nak nyala sebab kayu api basah disebabkan ujan semalam, tapi sebaik 20mnit slepastu nyala juga akhirnya. Kami semua sarapan ayam, hotdog + air kopi (dari semalam dok minum kopi..smpai ketagih..hehe).
Lepas sarapan apa semua, baru la enjoy mandi sungai..sejuk....haha

::Panduan::

Peralatan yang kami bawa:
-Khemah
-Pisau
-Surat khabar lama
-Arang kayu
-Getah tayar (untuk nyalakan api)
-cawan
-Cerek masak air
-Tong isi makanan
-Tempat panggang
-Lampu (kiteorang tertinggal kat rumah..hehe)

Makanan Yang Kami Bawa:
-Ayam 2ekor (untuk 2org)
-Hotdog(paket besar)
-Sos bbq
-Sos cili
-Minyak Masak
-Kopi & gula



 



















NBFX

Meskipun artikel yang diterbitkan disini adalah dibawah pengurusan Batu Kurau, anda dinasihati menapis setiap sumber untuk mencari kebenaran. Pihak Batu Kurau Kampungku Blogspot tidak bertanggungjawab diatas sebarang salahlaku dan komen anda di blog ini. Terima Kasih

0 comments:

Catat Ulasan

 

Copyright @ 2013 Batu Kurau Kampungku.