Memaparkan catatan dengan label Personal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Personal. Papar semua catatan

Sabtu, 19 Mei 2012

Buat Beg Dengan Sweater







p/s:kalu terdesak boleh la wat mcm ni an...hehe..kreatif =)



Isnin, 7 Mei 2012

Sungai Congkak - Camping

Asslamualaikum...
Alhmdulillah..selamat juga perkemahan kami di Sungai Congkak, selangor.
Best juga pergi camping ni, tapi biasalah dah lama tak buat aktiviti macam ni kadang-kadang semput la..hehe

Bercerita tentang sungai congkak, sungai congkak merupakan sebuah kawasan rekriasi yang terletak di hulu langat selangor. Terletak hanya 30km dari Kuala LUmpur ternyata menyimpan sebuah keindahan dan ketenangan yang harus dihargai. Air sungainya yang sejuk & jernih bebas dari pencemaran membuatkan ramai yang datang untuk bersantai bersama keluarga.


Pada mulanya admin menyangkakan tempatnya agak terbiar, tapi agak terkejut setibanya admin di sana. Bukan sahaja keadaanya yang teratur, tetapi terdapat perbagai kemudahan seperti Chalet, surau, tandas, malah khemah juga disediakan untuk tujuan perkemahan.
Bayaran masuk adalah RM2 manakala RM10 untuk yang ingin berkemah. Sewa Chalet tidak pula admin sempat nak tanya, terlupa sebab exited sangat time tu.hehe
Tetapi satu keunikan yang akan anda dapt perhatikan tentang pengurusan kawasan tu, kerana bila sahaja anda memasuki kawasan itu, anda akan terlupa yang anda sedang berada di dalam hutan. Keadaan chalet dan fasiliti-fasiliti yang ada disitu membuatkan anda terasa seperti berada di taman perumahan , mungkin juga di kawasan taman.

Rombongan perkemahan admin bertolak pada pukul 2 dari KL dan sampai sana dalam pukul 2.50 macam tu. Sampai saja kami di sana, apa yang kami lakukan ialah mendirikan khemah. Ini adalah penting bagi yang ingin berkhemah supaya jika hujan turun tiada la masalah untuk berteduh.
Memang bertuahlah rombongan admin ni kerana, selesai saja mengangkut barang dan memasang khemah , hujan terus turun...
Nasib baiklah khemah dah pasang awal-awal tadi, so boleh la berteduh dalam khemah.hehe Hujan agak lebat dan lama, kalu tak silap lepas magrib baru hujan berhenti.
Selesai je solat magrib kat surau (khemah dekat dengan surau =P) masing-masing pun lapar la. Apa tidak nya, dari tengahari tadi tak makan nasi lagi dah la tadi hujan lebat pulok tu.hehe

Api pun dinyalakan (cewahh..bunyi senang je, susah kot nak nyalakan api tu..) semua tak sabar-sabar je nak panggang ayam..hehe. Bila dah kenyang,pakat pula semua lepak kat tepi surau, nak mandi sungai pun air keruh..Malam tu kat kawasan khemah memang gelaplah (yela, dah lampu tak bawak.haha) nasib baik ada lampu surau..

Selepas solat Insya' aktiviti di teruskan lagi dengan aktiviti makan lagi..haha Yela, nak buat ape gelap-gelap tu kan, sambil lepak sambil makan..huhu..Time tido, hehe...agak menyeramkan la, maklumlah gelap kan..

Tips= ikat atau kunci zip khemah bila anda tidur untuk keselamatan.

Keesokan hari selepas subuh, cubaan menyalakan api dijalan kan..hehe.. ingat api tak nak nyala sebab kayu api basah disebabkan ujan semalam, tapi sebaik 20mnit slepastu nyala juga akhirnya. Kami semua sarapan ayam, hotdog + air kopi (dari semalam dok minum kopi..smpai ketagih..hehe).
Lepas sarapan apa semua, baru la enjoy mandi sungai..sejuk....haha

::Panduan::

Peralatan yang kami bawa:
-Khemah
-Pisau
-Surat khabar lama
-Arang kayu
-Getah tayar (untuk nyalakan api)
-cawan
-Cerek masak air
-Tong isi makanan
-Tempat panggang
-Lampu (kiteorang tertinggal kat rumah..hehe)

Makanan Yang Kami Bawa:
-Ayam 2ekor (untuk 2org)
-Hotdog(paket besar)
-Sos bbq
-Sos cili
-Minyak Masak
-Kopi & gula



 



















Rabu, 25 April 2012

Muhasabah Diri

Terkadang apabila ujian menimpa diri kita, kita cepat mengeluh dan mengalah seolah2 menyalahkan takdir..
Tapi kita tidak sedar yang ujian itu hadir untuk menguatkan dan mengingatkan diri kita yang semakin lalai dengan kehidupan dunia.

kerana kasihnya Allah pada kita...walaupun jiwa kita terluka teruk..yakin dan percaya lah yang Allah telah pun menitipkan penawarnya untuk kita kerana dalam setiap derita pasti ada bahagia..kita kena banyak bersabar dan berdoa padaNya.





p/s i penah lupe akan tanggungjawab i, selepas ape yang berlaku baru i sedar yang i dah banyak salah dan i patut kembali ke pangkal jalan..setiap yang berlaku ada hikmah nye..Semoga Allah kuatkan semangat i..amin heee

Jumaat, 6 April 2012

kempen senyum



I nak story sket la dengan anda semua; ada la satu ari tu i terserempak dgn member satu opis i, 
so i pun dengan bermurah hati telah menghadiahkan senyuman yang amat ikhlas pada si dia.. 
Tpi sedey i, si dia wat tak tau je..malu i tau..( i anggap je la die xperasan x pun dia rabun heee)

U all tau tak senyum tu salah satu cara untuk awet muda tau..haaa so senyum la selalu tapi bior la ikhlas ok bila memberi senyuman tue..jgn la senyum mcam kerang busuk la nanti hehehe...


Sekian tu je i nk story kat u all semua..heee....




p/s senyuman yang ikhlas tu satu sedekah heeeee  

Bercinta satu Opis

Bercinta satu Opis..
Topik hari ni berkenaan cintan cintun ok..heee
Apa yang best nya kekasih hati satu opis?
Ketika hubungan tengah mekar memang best sgt dapat kekasih satu opis macam dunia ni anda ya punya haahaha..

Ok antara kebaikannya ialah:-
1. Hari-hari boleh jumpa ; boleh main2 mata gitu..heee
2. Jimat duet sebab boleh pergi kerja sekali & boleh kongsi makanan.
3. Kalu ada pape event company tak perlu pening pikir pasal pasangan sbb dah konfem kekasih hati pun dapat pergi. (^0^)

4. Satu opis boleh jadi mata2 gelap anda ; kalu dieorg nampak je kekasih hati anda ngn org len pasti ada yang datang melaporkan..heeee

Banyak agi kebaikannya tp bergantung kepada individu itu sendiri la kan..

Tapi tak semua nya manis ok, bila tiba waktu gaduh ataupun clash / hubungan terputus ditengah jalan banyak la pulak keburukannya. Hmmmm

Antara keburukannya ialah:-
1. Susah nak lupakan kerana hari2 nampak si dia. Segala pergerakaannya anda boleh nampak, lagi parah if si dia sudah ada kekasih hati yang baru.(makan ati je la korang ari2)
2. Satu opis bertanya tentang status anda; terpaksa berhadapan dengan orang sekeliling. Udah la hati masih berdarah dah kena menjawap soklan orang sekeliling lak. (ramaila reporter bertauliah yang akan muncul time ni)
3. Anda tidak dapat lari, si dia sentiasa ada disisi anda untuk menyakitkan ati anda hahaha.(kalu nak lari gak benti jela kerja; tp ingat bukan senang nak cari keje sekarang ni (-0^))




Haih..ketika cinta mekar mmg semua nya manis, semua nya menguntung kan tapi bila cinta dah layu ataupun berkecai mmg sakit la kalau duk satu opis ni...hahahha

P/s  kalau boleh elakkan la dari bercinta satu opis, manis mmg manis tp sekali dah pahit kena tanggung sendiri; si dia xkan pernah pikir apa yang anda rasa. heeee




Selasa, 20 Mac 2012

Ukiran Tembikai ~Watermelon fest of Italy~

































 

Copyright @ 2013 Batu Kurau Kampungku.