Memaparkan catatan dengan label Admin D. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Admin D. Papar semua catatan

Rabu, 1 Ogos 2012

Kanak-kanak Tergemuk Di Dunia 91.2kg


Baru berusia 6tahun, kanak-kanak yang bernama Suman Khatun ini merupakan kanak-kanak tergemuk di dunia dengan beratnya yang kini mencecah 91.2kg.

Kanak-kanak berasal India ini dijangka akan meninggal kerana diancam serangan jantung kerana kebiasaan makan dan berat tubuhnya yang sudah jauh melebihi had oleh, kata doktor yang merawat Suman, Subodh Bandyopadhyay,

Untuk sarapan, kanak-kanak ini menghabiskan 20 keping biskut dan12 buah pisang. Bukan hanya sekali, tapi dua setengah jam kemudian dia sarapan lagi dengan menu 2 pinggan nasi dan 5 biji telur. Dalam satu hari Suman makan 6 pinggan besar nasi, 50 keping biskut, 32 buah pisang, 7 butir telur, 4 mangkuk kari ikan dan kentang. Ayah

Suman, Jalal,  seorang petani hanya berpendapatan satu minggu kira-kira Rp. 150.000. Hampir seluruh pendapatannya digunakan untuk memberi makan Suman.

Keadaan Suman berbeza dengan adik-beradiknya yang selalu kelaparan.Dalam satu minggu, Suman menghabiskan 14 kilo beras hanya untuk makannya sendiri. Ibunya, Beli Bibi, sudah kehabisan idea dalam menyiasat nafsu makan Suman yang selalu rasa lapar setiap saat. Jika bahagian makannya dikurangkan, Suman akan marah sambil menangis berguling-guling di lantai, dan akan memakan lumpur.





10 Pintu Syaitan


Pintu-pintu tersebut tidak boleh terbuka kecuali jika seseorang mengetahui pintu-pintu tadi. Syaitan tidak boleh terusir dari pintu tersebut kecuali jika seseorang mengetahui cara syaitan memasukinya.

Cara syaitan untuk masuk dan apa saja pintu-pintu tadi adalah sifat seorang hamba dan jumlahnya amatlah banyak.

Pada masa ini kami akan menunjukkan pintu-pintu tersebut yang merupakan pintu terbesar yang setan biasa memasukinya. Semoga Allah memberikan kita pemahaman dalam permasalah ini.

Pintu pertama:

Ini adalah pintu terbesar yang akan dimasuki syaitan iaitu hasad (dengki) dan tamak. Jika seseorang begitu tamak pada sesuatu, ketamakan tersebut akan membutakan, membuat tuli dan menggelapkan cahaya kebenaran, sehingga orang seperti ini tidak lagi mengenal jalan baik atau buruk.Begitu pula jika seseorang memiliki sifat hasad, syaitan akan menghias-hiasi sesuatu seolah-olah menjadi baik sehingga disukai oleh syahwat padahal hal tersebut adalah sesuatu yang mungkar.



Pintu kedua:

Iaitu marah. Ketahuilah, marah dapat merosak akal. Jika akal lemah, pada masa itulah tentara syaitan akan melakukan serangan. Mereka akan mentertawakan manusia jika manusia terbawa amarah. Pada keadaan kita seperti ini, segeralah berwudhu kerana marah terjadi akibat hembusan api jahanam, padamkan dengan air wudhu.



Pintu ketiga:

Iaitu sangat suka menghias-hiasi tempat tinggal, pakaian dan segala perabot yang ada. Orang seperti ini sungguh akan sangat rugi kerana umurnya hanya dihabiskan untuk tujuan ini.



Pintu keempat:

Iaitu kenyang kerana telah makan banyak makanan. Keadaan seperti ini akan menguatkan syahwat dan melemahkan untuk melakukan ketaatan pada Allah. Kerugian lainnya akan dia dapatkan nanti di akhirat.



Pintu kelima:

Iaitu tamak pada orang lain. Jika seseorang memiliki sifat seperti ini, maka dia akan berlebih-lebihan memuji orang tersebut padahal orang itu tidak memiliki sifat seperti yang ada pada pujiannya.Akhirnya, dia akan mencari muka di hadapannya, tidak mahu memerintahkan orang yang disanjung tadi pada kebajikan dan tidak mahu melarangnya dari kemungkaran.



Pinta keenam:

Iaitu sifat selalu tergesa-gesa dan tidak mahu bersabar untuk perlahan-lahan. Padahal terdapat sebuah hadits dari Anas, di mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Sifat perlahan-lahan (sabar) berasal dari Allah. Sedangkan sifat ingin tergesa-gesa itu berasal dari syaitan.” (Hadits ini diriwayatkan oleh Abu Ya’la dalam musnadnya dan Baihaqi dalam Sunanul Qubro. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shoghir mengatakan bahwa hadits ini hasan)



Pintu ketujuh:

Iaitu cinta harta. Sifat seperti ini akan membuat berusaha mencari harta bagaimana pun caranya. Sifat ini akan membuat seseorang menjadi bakhil (kedekut), takut miskin dan tidak mahu melakukan kewajiban yang berkaitan dengan harta.



Pintu kelapan:

Iaitu mengajak orang awam supaya ta’ashub (fanatik) pada madzhab atau golongan tertentu, tidak mahu beramal selain dari yang diajarkan dalam madzhab atau golongannya.



Pintu kesembilan:

Iaitu mengajak orang awam untuk memikirkan hakIkat (kaifiyah) dzat dan sifat Allah yang sukar dicapai oleh akal mereka sehingga menjadikan mereka menjadi ragu dalam masalah paling penting dalam agama ini iaitu masalah aqidah.



Pintu kesepuluh:

Iaitu selalu berburuk sangka terhadap muslim lainnya. Jika seseorang selalu berburuk sangka (bersu’uzhon) pada muslim lainnya, pasti dia akan selalu merendahkannya dan selalu merasa lebih baik darinya.

Sabtu, 28 Julai 2012

Jutaan Ketam Merah Membanjiri Pulau Di Australia


Pulau Krismas adalah sebuah pulau kecil Australia di Lautan Hindi, 2,600 kilometer
barat laut bandar Perth, yang merupakan rumah kepada pelbagai spesis haiwan dan tumbuhan.

Pulau ini terkenal dengan populasi luar biasa Ketam Merah,
satu spesies ketam tanah yang endemik kepada pulau itu, dan penghijrahan yang menakjubkan mereka dari hutan ke pantai setiap tahun semasa musim pembiakan.














p/s: Nak makan ke? Hehe..


Selasa, 12 Jun 2012

Diet & Health - SALAM News Letter









Special Thanks to = Shah Alam Specialist Hospital (SALAM)



Khamis, 7 Jun 2012

Buger Ular Dari Seberang -Jakarta







Khamis, 26 April 2012

My Lunch at sekinchan ikan bakar

Hujung-hujung bulan makan kat sekinchan hahaha...idak nye la i....
Tapi kalu orang belanja i ok aje.. heeee

layan je la gambar ok.


Jom order dulu
|

|

|

dan hasilnye adalah heee




ops ada tangan lak heee kantoi



hmmm memang yummy


p/s i dah nyesal coz xmkan, time ni i malu nk mkan so i mkn sikit je hahah..balik opis makan megi coz lapar..hahaha





Rabu, 25 April 2012

Muhasabah Diri

Terkadang apabila ujian menimpa diri kita, kita cepat mengeluh dan mengalah seolah2 menyalahkan takdir..
Tapi kita tidak sedar yang ujian itu hadir untuk menguatkan dan mengingatkan diri kita yang semakin lalai dengan kehidupan dunia.

kerana kasihnya Allah pada kita...walaupun jiwa kita terluka teruk..yakin dan percaya lah yang Allah telah pun menitipkan penawarnya untuk kita kerana dalam setiap derita pasti ada bahagia..kita kena banyak bersabar dan berdoa padaNya.





p/s i penah lupe akan tanggungjawab i, selepas ape yang berlaku baru i sedar yang i dah banyak salah dan i patut kembali ke pangkal jalan..setiap yang berlaku ada hikmah nye..Semoga Allah kuatkan semangat i..amin heee

Time for Tutti Frutti

Sehari dua ni panas sgt kan ....rasa nak minum air je..bila minum dahaga lagi..aihhhh
So i dengan member i pun apa lagi kuar la pi jalan2 kan shopping mall...maklum la kat umah xde aircond hahaha...

Dah abes pusing sekali ternampak la Tutti Fruitti, apa agi serbu je la kan...hahaha



Yummy & sejuk sgt heee




RM5.30 per 100 grams ok..heee


p/s peringatan untuk diri sendiri, jgn bawa kanak-kanak riang nanti dieorg duk mencedok je coklat / kekacang..sekali timbang mak aih...jenuh nk membayar dah tu dieorg konfem xabes mkn..heeee

Lawak PTPTN [part 2]




Lawak PTPTN [part 1]





Rabu, 11 April 2012

Gegaran Gempa Bumi

Ya Allah..i kat opis tadi tibe2 ada gegaran...bergoyang2 air dlm cawan pun bergoyang...ape agi i pun dengan sepantas kilat lari turun...



Takut nye..adakah tsunami dalam perjalanan????


 p/s i still mengigil sampai skg..heeee

Selasa, 10 April 2012

Jom Dengar Radio K-Pop & Malaysia Secara Percuma!



Clicked Picture

Jom dengar Radio Terbaik Untuk Anda







Ahad, 8 April 2012

Shopping di Pekan Selesa

Orang Batu Kurau mesti tau punya pasal pekan selasa ni..heee
bagi yang tak tau, pekan selasa ni lebeh kurang cam uptown or pasar mlm tapi berlaku pada waktu pagi sampai tengah hari ok..dan sudah semestinya hanya pada hari selasa,,nama pun dah pekan selasa kn..heee

Masa balik kampung ari tu i ada la teman my mum pergi membeli di pekan selasa ni..
Pekan selasa ni dekat kawasan pasar basah Batu Kurau. Semua ada dijual disini dan harga nya murah..kalau pandai tawar menawar agi la murah u allls..hee

i xsempat nk snap pic sangat coz sibuk pilih barang nk beli heee..rambang mata...


dah penat jalan akhirnya ini adalah salah satu item y i beli n i suka sangat...



tomeykan tudung ni heeee..rugi la coz i beli satu je..





Jumaat, 6 April 2012

kempen senyum



I nak story sket la dengan anda semua; ada la satu ari tu i terserempak dgn member satu opis i, 
so i pun dengan bermurah hati telah menghadiahkan senyuman yang amat ikhlas pada si dia.. 
Tpi sedey i, si dia wat tak tau je..malu i tau..( i anggap je la die xperasan x pun dia rabun heee)

U all tau tak senyum tu salah satu cara untuk awet muda tau..haaa so senyum la selalu tapi bior la ikhlas ok bila memberi senyuman tue..jgn la senyum mcam kerang busuk la nanti hehehe...


Sekian tu je i nk story kat u all semua..heee....




p/s senyuman yang ikhlas tu satu sedekah heeeee  

Bercinta satu Opis

Bercinta satu Opis..
Topik hari ni berkenaan cintan cintun ok..heee
Apa yang best nya kekasih hati satu opis?
Ketika hubungan tengah mekar memang best sgt dapat kekasih satu opis macam dunia ni anda ya punya haahaha..

Ok antara kebaikannya ialah:-
1. Hari-hari boleh jumpa ; boleh main2 mata gitu..heee
2. Jimat duet sebab boleh pergi kerja sekali & boleh kongsi makanan.
3. Kalu ada pape event company tak perlu pening pikir pasal pasangan sbb dah konfem kekasih hati pun dapat pergi. (^0^)

4. Satu opis boleh jadi mata2 gelap anda ; kalu dieorg nampak je kekasih hati anda ngn org len pasti ada yang datang melaporkan..heeee

Banyak agi kebaikannya tp bergantung kepada individu itu sendiri la kan..

Tapi tak semua nya manis ok, bila tiba waktu gaduh ataupun clash / hubungan terputus ditengah jalan banyak la pulak keburukannya. Hmmmm

Antara keburukannya ialah:-
1. Susah nak lupakan kerana hari2 nampak si dia. Segala pergerakaannya anda boleh nampak, lagi parah if si dia sudah ada kekasih hati yang baru.(makan ati je la korang ari2)
2. Satu opis bertanya tentang status anda; terpaksa berhadapan dengan orang sekeliling. Udah la hati masih berdarah dah kena menjawap soklan orang sekeliling lak. (ramaila reporter bertauliah yang akan muncul time ni)
3. Anda tidak dapat lari, si dia sentiasa ada disisi anda untuk menyakitkan ati anda hahaha.(kalu nak lari gak benti jela kerja; tp ingat bukan senang nak cari keje sekarang ni (-0^))




Haih..ketika cinta mekar mmg semua nya manis, semua nya menguntung kan tapi bila cinta dah layu ataupun berkecai mmg sakit la kalau duk satu opis ni...hahahha

P/s  kalau boleh elakkan la dari bercinta satu opis, manis mmg manis tp sekali dah pahit kena tanggung sendiri; si dia xkan pernah pikir apa yang anda rasa. heeee




Khamis, 29 Mac 2012

Mayat Isteri Dijadikan Hiasan Meja Kopi


              Jeff Green, 32, yang menetap di Arizona, Amerika Syarikat amat menderita dan mengalami tekanan perasaan yang serius apabila isterinya Lucy telah meninggal dunia akibat penyakit jantung pada usia 29 tahun. Semasa urusan pengkebumian hendak dijalankan tiba-tiba Jeff mengambil keputusan untuk tidak membiarkan Lucy pergi meninggalkan dirinya begitu saja kerana amat mencintai isterinya.

Dengan kebenaran pihak berkuasa Jeff telah di benarkan untuk membawa mayat isterinya pulang ke rumah. Jeff menjadikan mayat Lucy sebagai meja kopi untuk diletakkan di ruang tamu rumahnya setelah menempah satu meja kaca khas berharga USD $6000.00 yang berupaya menghilangkan bau busuk mayat isterinya itu.

Beberapa rakan-rakan dan saudara-maranya begitu takut untuk pergi kerumahnya selepas kejadian itu tetapi ada juga beberapa orang kawan-kawan baiknya tetap menghormati keputusan beliau itu dan terus melawat beliau.
 





Jumaat, 23 Mac 2012

Pencungkil Gigi - 6 juta !
























p/s:kire la satu-satu kalu nak conform..hehehe


 

Copyright @ 2013 Batu Kurau Kampungku.