Isnin, 4 November 2013

Menjatuhkan Mursi Agenda israel laknatullah.


Kita memang sedia maklum bahawa Presiden Mesir yang sah iaitu Muhammad Mursi adalah seorang pemimpin yang mempunyai ilmu agama dan tidak pernah takut dalam ancaman serta kecaman keatasnya dalam perjuangan agama Islam sejak diberi mandat oleh rakyat.

Ini menyebabkan pihak-pihak "anti islam" mula tidak senang duduk sehingga menyebabkan mereka mengambil langkah menjatuhkan presiden itu dengan menggunakan rampasan kuasa tentera keatas pemimpin pilihan rakyat Mesir itu.

Dalam usaha menjatuhkan Muhammad Mursi, terowong-terowong bawah tanah dan jalan-jalan menghubungkan Gaza dengan Mesir yang digunakan oleh rakyat Gaza untuk mendapatkan sumber makanan ditutup dan dimusnahkan dengan alasan untuk mengelak kemasukkan senjata.

Dalam masa yang sama, kita sedia maklum semenjak dari dulu israel sentiasa berusaha untuk merampas tanah Palestine dan bercita-cita membina sebuah negara yahudi. Mereka merampas sedikit demi sedikit tanah israel dan menghalau rakyat Palestine dari tanah mereka sendiri.

Selama dijajah oleh israel , sumber makanan rakyat Palestine adalah terbatas dan terhad kerana setiap kemasukan harus melalui perlabuhan yang dikawal israel, maka dengan terowong diantara Gaza dan Mesir lah mereka memdapatkan sumber makanan. Malah semasa pemerintahan Muhammad Mursi, terowong-terowong ini sentiasa mendapat “penjagaan” oleh beliau bagi membantu saudara-saudara Islam di Palestine.
Berbalik pada yang berlaku di Mesir, terowong antara Gaza dan Mesir dimusnahkan maka sumber untuk rakyat Palestine Gaza mendapatkan makanan telah tiada. Apabila Gaza susah untuk mendapatkan sumber makanan, maka mereka akan tertekan dan mungkin terpaksa melalui proses kemasukan dengan israel atau pun mungkin dikenakan perjanjian dengan israel dan pastinya ini adalah apa yang ditunggu israel.

Konspirasi ini seakan dirancang untuk memenangkan israel dan hati musuh-musuh Allah.






ARTH

Meskipun artikel yang diterbitkan disini adalah dibawah pengurusan Batu Kurau, anda dinasihati menapis setiap sumber untuk mencari kebenaran. Pihak Batu Kurau Kampungku Blogspot tidak bertanggungjawab diatas sebarang salahlaku dan komen anda di blog ini. Terima Kasih

0 comments:

Catat Ulasan

 

Copyright @ 2013 Batu Kurau Kampungku.