Jumaat, 11 Oktober 2013

Madonna Belajar Al-Quran


Selama ini dunia mengetahui bahawa  Madonna merupakan seorang penganut ajaran Kaballah yang taat. Namun baru-baru ini ia kembali membuat kenyataan yang cukup mengejutkan, apabila diva yang berusia 55 tahun ini mengaku bahawa beliau sedang mempelajari kitab suci Al Quran.

Diambil dari kenyataan Dailymail, penyanyi yang awalnya dibesarkan dari keluarga yang menganut agama Katolik Rhoma ini kemudian menganut  agama yang merupakan cabang dari agama Yahudi, iaitu Kaballah melalui suaminya, Guy Ritchie  yang memperkenalkan beliau kepada ajaran Kaballah.
Kini penyanyi ini seperti kembali mengulang kisah yang sama, apabila kekasihnya, Brahim Zaibat, merupakan penganut agama Islam. Ketertarikan Madonna pada Islam tentunya pertama kali muncul kerana kekasihnya.

“Saya sedang membangun sebuah sekolah untuk anak-anak perempuan di negara Islam dan sedang belajar Al Quran. Saya fikir bahawa adalah  sangat penting untuk saya mempelajari semua kitab suci agama,” katanya di Daily Mail.

“Kawan saya di Yaman selalu mengatakan saya, seorang muslim yang baik adalah seorang Yahudi yang baik, dan seorang Yahudi yang baik adalah seorang Kristiani yang baik, dan sebagainya. Saya sangat setuju dengan itu,” kata Madonna lagi.



Sumber: Dreamersradio.Com , Daily Mail, Yahoo









NBFX

Meskipun artikel yang diterbitkan disini adalah dibawah pengurusan Batu Kurau, anda dinasihati menapis setiap sumber untuk mencari kebenaran. Pihak Batu Kurau Kampungku Blogspot tidak bertanggungjawab diatas sebarang salahlaku dan komen anda di blog ini. Terima Kasih

0 comments:

Catat Ulasan

 

Copyright @ 2013 Batu Kurau Kampungku.