Jumaat, 1 Jun 2012

Revolusi Kapal Selam -Dadah


Kalau tidak silap pada 26 september tahun lepas, di Buenaventura (Colombia), pihak berkuasa Colombia berjaya merampas sebuah kapal selam dipercayai milik Pasukan Bersenjata Revolusi Columbia (FARC) yang mampu memuatkan kira-kira 10 tan kokain. Kapal selam tu diperbuat daripada kayu dan kaca fiber, ia dipercayai rampasan kapal selam terbesar di negara terbabit.

Itu tahun lepas, semalam 31 May 2012,
juga Buenaventura ,pihak berkuasa telah merampas sebuah kapal selam buatan sendiri dekat bandar pelabuhan ini yang berupaya membawa sehingga lima tan dadah.

Tentera Laut Colombia dalam satu kenyataan berkata, rampasan kapal selam tersebut adalah yang pertama untuk tahun ini, tetapi sebanyak 76 kapal selam serupa telah dirampas sejak 1993.
Kapal selam sepanjang 7.5 meter (m) dan lebar 1.5m itu direka untuk ditunda oleh kapal lain untuk menuju ke destinasi yang ditetapkan.

Kapal selam itu ditemui bersama sebuah bot laju yang boleh mengangkut 10 tan lagi dadah.






p/s:Dasyat pengedar dadah skrg..haha



NBFX

Meskipun artikel yang diterbitkan disini adalah dibawah pengurusan Batu Kurau, anda dinasihati menapis setiap sumber untuk mencari kebenaran. Pihak Batu Kurau Kampungku Blogspot tidak bertanggungjawab diatas sebarang salahlaku dan komen anda di blog ini. Terima Kasih

2 comments:

  1. admin.. na 1 cmni leh ta?? na gi cri harte karun :D

    BalasPadam
  2. Boleh...Tapi kena tempah la...stock kat kedai pakmat tu terhad..haha..

    BalasPadam

 

Copyright @ 2013 Batu Kurau Kampungku.