Khamis, 31 Mei 2012

Bagasi Hilang-MAS Diminta Bayar RM5592


Di NEW DELHI, India – "Forum Pengguna Daerah New Delhi" meminta Malaysia Airlines membayar ganti rugi sebayak Rs100,000 (RM5,592) kepada seorang penumpang wanita yang kehilangan bagasi ketika dalam perjalanan dari Delhi ke Langkawi pada 7 Mac 2008.

Akhbar "The Hindu" melaporkan panel forum pengguna itu meminta MAS membayar pampasan berkenaan kepada Farah Mehta dari Mumbai.

Mehta menggunakan penerbangan MAS ke Langkawi untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang rakannya dan apabila tiba di sana, dia gagal menemui begnya yang mengisi pakaian serta hadiah untuk majlis itu.


Beg berkenaan tidak ditemui walaupun setelah dia kembali ke India dan selepas membuat aduan kepada pejabat syarikat penerbangan itu, dia ditawarkan pampasan Rs 16,000 (RM895), berdasarkan berat bagasinya. Mehta bagaimanapun, enggan menerima pampasan itu dan mengadu kepada forum berkenaan.

“Kejadian itu merosakkan seluruh kunjungannya dan dia mengalami gangguan teruk daripada segi emosi, fizikal, mental dan dilanda perasaan bimbang.

“Tawaran serendah itu (oleh syarikat penerbangan berkenaan) sebagai ganti rugi, hanya menambahkan lagi kelukaan hatinya,” kata panel itu.

Sejajar dengan itu, forum berkenaan berpendapat bahawa Rs100,000 (RM5,592)merupakan bayaran pampasan yang wajar diberi kepada pengadu. – BERNAMA





ARTH

Meskipun artikel yang diterbitkan disini adalah dibawah pengurusan Batu Kurau, anda dinasihati menapis setiap sumber untuk mencari kebenaran. Pihak Batu Kurau Kampungku Blogspot tidak bertanggungjawab diatas sebarang salahlaku dan komen anda di blog ini. Terima Kasih

2 comments:

  1. amboiii... awat banyak sangat.. kot saja cari untung la.

    BalasPadam
  2. Haha..Rm5592....ne tau kot hadiah utk kawan die tu harga 6-7 ribu?.haha...

    BalasPadam

 

Copyright @ 2013 Batu Kurau Kampungku.