Jumaat, 1 Jun 2012

Arau - Remaja Maut



ARAU - Seorang remaja maut apabila motosikal yang ditungganginya dikatakan merempuh sekumpulan lembu yang melintas jalan di Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis, pagi semalam.
 Kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 pagi itu melibatkan tiga buah motosikal yang salah satunya ditunggangi mangsa, Muhammad Arsyad Mohamad Zahir, 16 dan dua  lagi penunggang iaitu Norazam Che Azizul dan Amir Sabirin Ahmad. Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain berkata, kemalangan terbabit dipercayai berlaku apabila ketiga-tiga penunggang motosikal terbabit yang dari arah Arau menuju ke Changlun melanggar  sekumpulan lembu melintas jalan berhampiran pintu gerbang Ulu Pauh.


 Menurutnya, Muhammad Arsyad meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi penunggang mengalami kecederaan parah dan di hantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar untuk mendapatkan rawatan lanjut. “Kemalangan tersebut turut mengakibatkan seekor lembu mati dan cedera manakala satu lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.
 Polis akan mengambil keterangan pemilik haiwan terbabit. “Dua lagi rakanya yang patah kaki serta cedera parah kini sedang mendapat rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dan waris masing- masing telah dimaklumkan,” katanya.

 Bapa mangsa, Mohamad Zahir Kadir, 39, ketika ditemui terkejut dengan insiden menimpa anaknya itu kerana mangsa tidak memaklumkan bahawa dia hendak keluar. “Muhammad Arsyad jarang keluar malam, mungkin disebabkan cuti  sekolah dia hendak keluar bersama rakannya.
“Saya menyedari kelakuan Arsyad kerana sejak beberapa hari lalu dia agak pendiam, walau apapun saya menerima dengan reda kerana ini merupakan ketentuan daripada-Nya,” katanya ketika ditemui di bilik mayat HTF, semalam. -SinarHarian



p/s:Al-Fatihah...



NBFX

Meskipun artikel yang diterbitkan disini adalah dibawah pengurusan Batu Kurau, anda dinasihati menapis setiap sumber untuk mencari kebenaran. Pihak Batu Kurau Kampungku Blogspot tidak bertanggungjawab diatas sebarang salahlaku dan komen anda di blog ini. Terima Kasih

0 comments:

Catat Ulasan

 

Copyright @ 2013 Batu Kurau Kampungku.