Memaparkan catatan dengan label Jenayah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jenayah. Papar semua catatan

Jumaat, 20 Disember 2013

YAMAN- Hospital Di Bom Pengganas


Bagunan pentadbiran dan sebuah hospital di Yaman telah dibom oleh pengganas. Tidak cukup dengan letupan bom, mereka juga masuk ke hospital dan membunuh semua doktor,pesakit, orang awan dan kakitangan hospital.

Video menunjukkan, selepas meletupkan bagunan pentadbiran yang berdekatan dengan hospital itu, pengganas meletupkan pula sebuah kereta di hadapan hospital. Video juga menunjukkan seorang pengganas yang menyamar dengan berpakaian tentera melemparkan bom kearah orang didalam hospital dan seorang lain penjenayah dirakam perlakuannya menembak semua orang dalam hospital tersebut.


Sekurangnya lebih dari 52 orang mati dibunuh dan 160 orang cedera.
Mengikut sumber, kejadian berlaku pada 05/12/2013 pada pukul 9 waktu Yaman.

 Lihat Video Di bawah:


**ingatlah akan datang satu fitnah yang besar di akhir zaman, iaitu dajjal laknatullah.



Rabu, 20 November 2013

VIDEO- Wanita 38 Dirompak Di ATM





VIDEO- Bangalore,INDIA, Seorang wanita yang berusia 38 tahun telah diserang ketika mahu mengeluarkan duit dari mesin ATM. Penjenayah yang mengikuti beliau sejurus masuk ke kawasan ATM terus menutup shuter premis ATM itu lalu mengugut mangsa. Wanita terbabit merupakan seorang manager bank. Videonya dibawah.

















Khamis, 5 September 2013

Strategi Amerika syarikat?

Seperti yang dijangka, kenaikan harga minyak dunia kali ini sama seperti yang berlaku semasa peperangan di iraq dahulu. Jika kita lihat secara kasar, "kebetulan" ini berlaku apabila nilai matawang dolar US susut rendah. 

Dan jika kita fikirkan walaupun nilai dolar US susut, tetapi US masih lagi mahu memberi "bantuan" kepada negara arab yang bergolak seperti dulu di Iraq dan kini di syria dan mesir. Dan secara "kebetulan" juga dari itu harga minyak naik dan apa bila harga minyak naik, yang lebih pelik nilai dolar us kembali naik?

Apakah banyak kebetulan? Kita sedia maklum bahawa negara-negara arab adalah pengeluar minyak dan gas utama negara, dengan pergolakkan di negara arab terbabit adalah peluang emas bagi sebuah negara "besar" yang menjadi "orang tengah" dalam peng-exportan cecair tersebut.
Ini mungkin adalah satu rangcangan yang terlilti jika dapat kita lihat dengan semua "kebetulan" itu. Sebelum ini juga, rahsia Amerika yang dikatakan terlibat dalam senjata kimia aberbahaya telah didedah dengan beberapa email sebagai bukti. (Amerika Terlibat Senjata Kimia Di syiria- Baca).

Iraq
Dolar us turun - pergolakan - minyak dunia naik - "bantuan" - dolar us naik

Syria & Mesir
Dolar us turun - pergolakan - minyak dunia naik - "bantuan" - dolar us naik

Kebetulan atau rancangan?





Jumaat, 23 Ogos 2013

SYRIA - Pemergian Seorang Anak Yang Direda Ibunya


Seorang ibu memeluk anaknya yang kecil sebelum anak tersebut meninggal disebabkan serangan gas beracun bashar al-assad laknatullah.

YaAllah, Kau hancurkanlah musuh-musuh Mu ya Allah. Berikanlah sebaik-baik balasan kepada setiap hamba Mu. Amin.





Ahad, 17 Jun 2012

Wanita Diragut, Guard Hanya Pandang Dari Jauh






Video ini dimuat naik dalam youtube 2 minggu yang lalu dan kejadian ini berlaku
di Kelana D'Putra Condo pada  14.05.2012.
Menurut Ulasan Video ini dan jika diperhatikan, Guard itu takut setalah di gertak 
oleh peragut salah seorang peragut tersebut.
Sepatutnya kejadian ini harus di pandang serius kerana ia melibatkan keselamatan dan
guard itu sepatutnya di kenakan tindakan.




Jumaat, 1 Jun 2012

Lelaki Serang Polis Guna Pedang Samurai - Komtar



KOMTAR,Pulau Pinang- Seorang lelaki yang cuba menyerang anggota polis dengan sebilah pedang samurai, cedera di paha selepas terkena tembakan yang dilepaskan anggota terbabit dalam kejadian di Lebuh Macallum awal hari ini. Jurucakap polis berkata, dalam kejadian 4.20 pagi itu, tiga anggota polis dari pos Macallum sedang meronda berhampiran sebuah medan selera di situ apabila terdengar jeritan seorang wanita memanggil mereka.

"Tiga anggota itu bergegas ke arah wanita berkenaan yang memaklumkan ada orang bergaduh di sebuah gerai makan di situ," katanya di sini hari ini.

Polis mendapati dua lelaki sedang bergaduh dengan pelanggan dan seorang daripada mereka yang memegang pedang samurai bertindak menyerang ketiga-tiga anggota terbabit sebaik ternampak mereka.

"Salah seorang anggota kita melepaskan tembakan bagi mempertahan diri dan ia terkena pada paha kiri lelaki berusia 33 tahun itu, manakala rakannya yang panik melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal," katanya. - BERNAMA




 

Copyright @ 2013 Batu Kurau Kampungku.