Isnin, 30 Januari 2012

Tahniah Buat Hafiz





         Tahniah buat Hafiz.
        Sapa yang tengok AJL semalam? Walaupun bagi admin ajl kali ni agak kureng sikit dari gegaran pentas dia, tapi ok lah dapat ditutup oleh-oleh persembahan artis. Bagi yang semalam tak sempat tengok ,untuk pengetahuan lagu Awan Nano nyanyian Hafiz AF7 dinobatkan Juara Anugerah Juara Lagu edisi ke-26 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi. Dengan kemenangan itu, lagu ciptaan Datuk M Nasir dan lirik oleh Buddhi Hekayat itu sekali gus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM35,000 dan trofi.
Malahan dengan penghayatan yang baik ketika menyampaikan lagu itu, membuatkan Hafiz turut dipilih memenangi hadiah Vokal Terbaik AJL26.

          Manakala lagu Beribu Sesalan (Jacklyn Victor, Ning Baizura dan Shila Amzah) mendapat tempat kedua dan lagu Karma (Faizal Tahir) pula menduduki tempat ketiga. Masing-masing meraih hadiah wang tunai, RM15,000 dan RM12,000 serta trofi.


         Sementara itu, persembahan mantap Alyah ketika mendendangkan lagu Kisah Hati berjaya memikat juri sehingga melayakkannya kategori Persembahan Terbaik dan membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi.


Monoloque & Atilia

Najwa Latif




















Tapi bagi admin, persembahan yang agak menarik adalah persembahan Monoloque dan Atilia ketika mempersembahkan lagu Adinda Kekanda yang motif persembahanya adalah tradisional seakan-akan persembahan irama Malaysia pulak...memang cantik persembahan tu.
Tidak kurang hebatnya bagi pendatang baru iaitu Najwa Latif, walaupun baru berusia 16 tahun persembahan beliau memang agak unik dan menarik.
Rugi sapa yang tak tengok





 
 
 

NBFX

Meskipun artikel yang diterbitkan disini adalah dibawah pengurusan Batu Kurau, anda dinasihati menapis setiap sumber untuk mencari kebenaran. Pihak Batu Kurau Kampungku Blogspot tidak bertanggungjawab diatas sebarang salahlaku dan komen anda di blog ini. Terima Kasih

0 comments:

Catat Ulasan

 

Copyright @ 2013 Batu Kurau Kampungku.