I  kalau pagi memang liat sangat nak bangun terutamanya isnin..haih agi la  rasa malas gila nak bangun sebab semalam cuti kan..tapi yang i pelik  nya, kalu ahad senang lak i terjaga, bila time hari kerja punya la mak  aih mata berat je nak buka..
Tadi  sambil duduk mengemas email yang dh lama tak terurus tu i ternampak 1  email dari colleague I berkenaan tips untuk elak lesu time bangun  tidur.Meh la i kongsi ngan u all semua ek . 

- Bersihkan diri dulu before masuk tidur at least bahagian muka, tangan & kaki ok.
 - Janganla u all semua tidur lambat sangat kalau dah tau esok kerja.
 - Lakukan gerak badan dan senaman ringan di atas katil setelah anda jaga dari tidur sebelum turun dari katil (sit up ker, regangan badan ker…dan lain-lain)
 - Minumla segelas air masak sebelum tidur dan segelas lagi selepas bangun tidur..ikut pada email tu minum sebelum gosok gigi hehe..ikut pada cita rasa u all la ek
 - Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam sebelum anda mandi. Selepas cuci mata tu mandi la jgn la nak mandi cm dlm citer P.Ramlee ok..
 - Ambil wuduk dan solat Subuh..
 - Cuba pasang bacaan ayat suci al-Quran atau lagu nasyid kegemaran anda pada waktu pagi..jgn la duk pasang lagu black metal je ok..
 - Selepas bangun tidur, buka tingkap dan lihat pokok-pokok hijau di luar rumah.
 - Baca doa bangun dari tidur.fahami maksud doa dan cuba hayati maksudnya semasa anda baca doa tersebut .
 - Niatkan      dalam hati,anda akan menjadi seorang yang ceria dan terbaik hari ini.  
  


  

0 comments:
Catat Ulasan