Isnin, 16 Januari 2012

Kanta Sentuh (contact lens) Boleh Menyebabkan Buta!

"Amboi kaklong cantiknya mata..."
"Biasa la pakai contact lens.."

Ha sekarang ni contact lens ni memang fesyen dah budak-budak muda la ni...bukan takat pempuan, laki pun ada jugak yang pakei nya. La ni natang tu bukan mahal dah pun murah ja la ni ha, kat pasar malam tu pun ada dok jual, pekan Slasa ada dak jual tak tahu la.
Cantik tu memang lor cantik telan ayor liur ni kalu tengok, tapi tau ke kesan buruk nya kalu hat dok beli kat pasar malam tu?

Baru-baru ni Kementerian Kesihatan memberi amaran kepada orang ramai agar tidak membeli kanta sentuh di pasar malam atau kedai kecantikan yang tidak membuat pemeriksaan mata kerana ia boleh menyebabkan mata buta.

Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai pemeriksaan mata perlu dilakukan oleh semua pemakai kanta sentuh, sama ada jenis berwarna atau tidak. “Mereka yang ingin membeli kanta sentuh perlu mendapatkan pemeriksaan daripada optometris terlebih dahulu bagi mengelak kesan sampingan yang teruk sehingga mata boleh buta.(kena p check dulu baru boleh pakei)
“Kementerian juga akan mengadakan perbincangan dengan mereka yang berkaitan agar lambakan kanta sentuh termasuk boleh diperoleh di pasar malam dengan harga yang murah dapat di atasi segera,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Tahun Baru Cina 2012 Parlimen Bagan, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar baru-baru ini yang melaporkan kanta sentuh mudah diperoleh dengan harga murah di pasar malam.
Akhbar itu melaporkan populariti kanta sentuh terutama jenis berwarna yang hangat diperkatakan kini menjadi satu ikon fesyen khasnya di kalangan wanita dan remaja.
Liow berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang aduan atau laporan berhubung permasalahan terhadap kanta sentuh yang dijual di pasar malam.
“Memang kita akui banyak kanta sentuh terutama yang berwarna boleh didapati dengan mudah dan murah termasuk di pasar malam, jadi saya minta orang ramai jangan membelinya kerana kita tidak pasti kesesuaian dan keselesaan kanta tersebut pada mata mereka,” katanya.

 sumber : Bernama



p/s: boleh uma nk pakei, tapi p chek dulu...mata ni susah kalu dah osak sok...jg diri,jg kesihatan..

NBFX

Meskipun artikel yang diterbitkan disini adalah dibawah pengurusan Batu Kurau, anda dinasihati menapis setiap sumber untuk mencari kebenaran. Pihak Batu Kurau Kampungku Blogspot tidak bertanggungjawab diatas sebarang salahlaku dan komen anda di blog ini. Terima Kasih

0 comments:

Catat Ulasan

 

Copyright @ 2013 Batu Kurau Kampungku.