Selama ini dunia mengetahui bahawa Madonna merupakan seorang penganut ajaran
Kaballah yang taat. Namun baru-baru ini ia kembali membuat kenyataan yang cukup
mengejutkan, apabila diva yang berusia 55 tahun ini mengaku bahawa beliau
sedang mempelajari kitab suci Al Quran.
Diambil dari kenyataan Dailymail, penyanyi yang awalnya dibesarkan
dari keluarga yang menganut agama Katolik Rhoma ini kemudian menganut agama yang merupakan cabang dari agama Yahudi,
iaitu Kaballah melalui suaminya, Guy Ritchie yang memperkenalkan beliau kepada ajaran
Kaballah.
Kini penyanyi ini seperti kembali mengulang kisah yang sama,
apabila kekasihnya, Brahim Zaibat, merupakan penganut agama Islam. Ketertarikan
Madonna pada Islam tentunya pertama kali muncul kerana kekasihnya.
“Saya sedang membangun sebuah sekolah untuk anak-anak
perempuan di negara Islam dan sedang belajar Al Quran. Saya fikir bahawa adalah
sangat penting untuk saya mempelajari
semua kitab suci agama,” katanya di Daily Mail.
“Kawan saya di Yaman selalu mengatakan saya, seorang muslim
yang baik adalah seorang Yahudi yang baik, dan seorang Yahudi yang baik adalah
seorang Kristiani yang baik, dan sebagainya. Saya sangat setuju dengan itu,” kata
Madonna lagi.
Sumber: Dreamersradio.Com , Daily Mail, Yahoo
0 comments:
Catat Ulasan