Kita memang sedia maklum bahawa Presiden Mesir yang sah
iaitu Muhammad Mursi adalah seorang pemimpin yang mempunyai ilmu agama dan
tidak pernah takut dalam ancaman serta kecaman keatasnya dalam perjuangan agama
Islam sejak diberi mandat oleh rakyat.
Ini menyebabkan pihak-pihak "anti islam" mula
tidak senang duduk sehingga menyebabkan mereka mengambil langkah menjatuhkan
presiden itu dengan menggunakan rampasan kuasa tentera keatas pemimpin pilihan
rakyat Mesir itu.
Dalam usaha menjatuhkan Muhammad Mursi, terowong-terowong
bawah tanah dan jalan-jalan menghubungkan Gaza dengan Mesir yang digunakan oleh
rakyat Gaza untuk mendapatkan sumber makanan ditutup dan dimusnahkan dengan
alasan untuk mengelak kemasukkan senjata.
Dalam masa yang sama, kita sedia maklum semenjak dari dulu
israel sentiasa berusaha untuk merampas tanah Palestine dan bercita-cita
membina sebuah negara yahudi. Mereka merampas sedikit demi sedikit tanah israel
dan menghalau rakyat Palestine dari tanah mereka sendiri.
Selama dijajah oleh israel , sumber makanan rakyat Palestine
adalah terbatas dan terhad kerana setiap kemasukan harus melalui perlabuhan
yang dikawal israel, maka dengan terowong diantara Gaza dan Mesir lah mereka
memdapatkan sumber makanan. Malah semasa pemerintahan Muhammad Mursi,
terowong-terowong ini sentiasa mendapat “penjagaan” oleh beliau bagi membantu
saudara-saudara Islam di Palestine.
Berbalik pada yang berlaku di Mesir, terowong antara Gaza
dan Mesir dimusnahkan maka sumber untuk rakyat Palestine Gaza mendapatkan
makanan telah tiada. Apabila Gaza susah untuk mendapatkan sumber makanan, maka
mereka akan tertekan dan mungkin terpaksa melalui proses kemasukan dengan
israel atau pun mungkin dikenakan perjanjian dengan israel dan pastinya ini
adalah apa yang ditunggu israel.
Konspirasi ini seakan dirancang untuk memenangkan israel dan
hati musuh-musuh Allah.
0 comments:
Catat Ulasan