Memaparkan catatan dengan label Sejarah Batu Kurau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sejarah Batu Kurau. Papar semua catatan

Rabu, 18 Disember 2013

Skim Bijak Malaysia - Pelaburan



Skim ini telah lama wujud dan sebelum ini telah ditutup pembelianya. Tetapi pada bulan Julai lepas skim ini telah dibuka kembali dan dikatakan akan dibuka hanya sehingga bulan Jun tahun 2014.

Skim ini menawarkan pulangan dividen pada setiap 3tahun kepada pencarumnya dan tempuh matang untuk skim ini adalah apabila anda berumur 88tahun.
Syarat untuk skim ini anda haruslah berumur kurang dari 50tahun. (50 ke bawah) *dan lain-lain syarat. 

Nilai bayaran untuk skim ini adalah RM100 setiap bulan (dipotong terus dari akaun)  sehingga anda mencapai umur 55tahun. Selepas dari anda berumur 55tahun, anda tidak perlu membayar apa-apa, tetapi anda tetap akan menerima dividen. Ini bermaksud, contohnya anda mengambil skim ini pada umur 23tahun, maka anda hanya perlu bayar RM100 setiap bulan dan setiap 3tahun anda akan menerima dividen, dan apabila umur anda mencecah 55tahun, anda akan tetap menerima dividen tetapi anda TIDAK perlu membayar apa-apa dah.

Dan apa bila anda memcecah umur 88tahun (matang), anda akan mendapat "Duit Matang" anda. Duit matang ini adalah bergantung pada umur anda memulakan skim ini. Contoh jika anda bermula skim ini pada umur 23tahun, maka nilai duit matang ini pada umur 88tahun nanti adalah RM28900 (ini tidak termasuk dgn dividen anda setiap 3tahun).
Untuk senarai umur, dividen dan nilai matang, boleh rujuk gambar dibawah. (Lelaki & Perempuan tidak sama)

Katakan jika berlaku kematian, waris anda akan menerima 200% dari nilai "Duit Matang" sekiranya kematian terjadi pada tahun ke-3 anda mengambil skim ini. Untuk lain-lain jenis kematian dan kecacatan rujuk jadual dibawah.


FAEDAH PERLINDUNGAN
% TEMPOH BAYARANKEMATIANHILANG UPAYA (KECACATAN)
SEMULAJADIKEMALANGANSEMULAJADIKEMALANGAN
TAHUN 1-2 PERTAMA25%400%25%200%
TAHUN KE 3 SEHINGGA UMUR 55200%400%200%200%
UMUR 56 SEHINGGA 65100%200%100%100%
65 SEHINGGA UMUR 88100%100%TIADATIADA

**untuk maklumat lebih lanjut, hubungi CIMB atau mana-mana bank berdekatan dengan anda.

Khamis, 29 Ogos 2013

Haram Di Pulau Pinang - TANDA PUTERA


Sebuah filem sejarah yang telah lama ditunggu pelancarannya akhirnya akan bermula tayangannya hari ini.
Sebuah filem yang mengisahkan mengenai tragedi 13 Mei itu merupakan filem yang sejarah yang mempertontonkan semula sejarah dahulu seperti mana filem sejarah lain antaranya Bukit Kepong dan lain-lain.
Filem ini dapat ditonton dipawagam yang berdekatan kecuali di Pulau Pinang. Ini kerana semalam (kelmarin) kerajaan Pulau Pinang telah mengharamkan filem sejarah ini. Menurut sumber, kerajaan Pulau Pinang telah mengarahkan supaya pawagam di negeri itu tidak menayangkan filem Tanda Putera.

Jika dilihat sebelum ini, pernayangan filem New Village yang mengangkat Komunis Malaya sebagai hero mendapat sokongan dan lantangan suara suapaya filem itu ditayangkan, tetapi kenap filem Tanda Putera ini pula dihalangnya?
Walaubagaimanapun, filem kerajaan Pulau Pinang WAJIB menayangkan filem ini di pawagam-pawagam besar dinegerinya, kerana filem ini terikat dengan SKIM WAJIB TAYANG oleh FINAS. (Baca Tentang SKIM WAJIB TAYANG di web FINAS)

**Ramai-ramai pergi tonton TANDA PUTERA pawagam dengan memakai songkok.

Pawagam Terdekat : MBO Taiping Sentral / MBO Sitiawan
Waktu tayangan: 12.30PM/03.00PM/05.30PM/08.00PM/10.30PM



Rabu, 13 Jun 2012

Zaman Kanak-kanak Dulu kan =)


Ini yg paling femous kan? =)

Cakap/Nyanyi depan kipas


Tutup pintu peti sejuk pelahan-lahan
sebab nak tengok lampu tu terpadam


Khamis, 9 Februari 2012

Ironman =)






Selasa, 10 Januari 2012

Sejarah Batu Kurau

Mulo-mulo ni bek kita ckp pasey sejarah Batu Kurau.

Batu Kurau merupakan salah sebuah mukim di daerah Larut Matang yang terletak kira-kira 20 Km dari Bandar Taiping. Batu kurau boleh dilawati dengan melalui Jalan Besar dari Kamunting ke Batu Kurau atau dari Selama melalui Jalan Redang Panjang atau Jalan Pondok Tanjung ke Batu Kurau.
Dari sudut sejarah, Batu Kurau telah dibuka sejak tahun 1850-an lagi, apabila pemimpin Batu Kurau yang pertama iaitu Tok Amar Wan Kasa Bin Raja Hulubalang Petani telah dilantik menjadi Penghulu pada tahun 1859-1867. Dalam hal ini didapati sejarah kewujudan mukim Batu Kurau adalah sezaman dengan sejarah pembukaan dan kemajuan bandar Taiping pada tahun 1850-1857 semasa Long Jaafar menjadi pembesar di jajahan Larut (Taiping).
Menurut orang tua-tua, asal-usul nama Batu Kurau diambil sempena daripada seketul batu besar yang menyerupai ikan kurau terletak di tebing Sungai Kurau (berhampiran jambatan jalan raya Kampung Batu 14). Sungai ini berpunca daripada beberapa batang anak sungai dari Kampung Sempeneh, Anak Kurau, Changkat Lobak hingga ke Kampung Pondok Tanjung, seterusnya mengalir ke Bukit Merah dan masuk muara di Kuala Kurau, daerah Kerian.
Penduduk di Batu Kurau kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu keturunan Petani yang mempunyai pertalian darah dengan penduduk wilayah Pattani, Selatan Thai. Sememangnya orang Petani suka memilih tempat yang strategik untuk membuka kampung sesuai dengan cara hidup mereka yang bercucuk tanam dan menternak haiwan. Mereka suka tinggal di kawasan kaki bukit yang mempunyai lata sungai yang jernih airnya serta kawasan tanah pamah yang berpaya untuk menanam padi. Kawasan kaki bukit memang sesuai untuk tanaman pokok buah-buahan seperti durian, langsat, manggis, cempedak dan sebagainya; sementara lata yang mengalir ke sungai-sungai dapat membekalkan air ke sawah padi. Justeru, kehidupan orang Petani yang begitu simbiosis dengan faktor alam semula jadi ini telah menjadi satu nostalgia sebagaimana dengan serangkap lagu lama orang Petani seperti di bawah :
Ayun pak pek pak pong, Gulai asam pedas, Pakai baju tampung, Lenggang bagai duras, Duras buaya kampung, Hilir-hilir mudik, Mana kampung kita, Balik sana bukit!
Justeru, walau di mana jua di negara ini, jika kita melihat pemandangan topografi seperti ini sudah pasti penduduknya adalah terdiri daripada orang-orang Petani. Sebagai contoh di negeri Perak orang Petani juga tinggal di Ijok, Selama, Bukit Gantang, Air kuning, Lenggong, Gerik dan Pengkalan Hulu; sementara di Kedah pula seperti di Baling dan juga Sik.
Nama-nama tokoh besar yang lahir dari Batu Kurau ialah seperti Allahyarham Dato’ Seri Hj. Kamaruddin B. Mat Isa mantan Menteri Besar Perak yang kelima (1970-1974) yang berasal dari Kampung Batu 16. Selain itu, Allahyarham Tuan Hj. Muhammad Saman B. Muhammad yang lebih dikenali sebagai Hj. Mat Saman Kati (1922-1995) berasal dari Kampung Relau Berdiri, Batu 16; merupakan seorang ulama terkenal dan pernah dilantik sebagai Mufti negeri Perak dari tahun 1978-1986.

 (sumber: Wikipedia)

 

Copyright @ 2013 Batu Kurau Kampungku.