Rabu, 13 Jun 2012

Pengasuh Didakwa Bunuh Bayi



Hanya Gambar Hiasan
BATU PAHAT - Seorang pengasuh didakwa hari ini atas tuduhan membunuh seorang bayi perempuan di bawah jagaannya di rumah sewanya di Taman Bandar, di sini hujung bulan lepas.
   
 Prosiding pendakwaan terhadap Tan Siew Bee, 42, yang merupakan ibu tunggal itu dijalankan di Wad 4, Hospital Batu Pahat kerana dia masih menerima rawatan akibat patah kaki.
   
 Wanita berkenaan didakwa membunuh Lim Xiu Yao, empat bulan, di sebuah rumah di Jalan Panti, Taman Bandar antara 29 hingga 31 Mei lepas.


 Lim dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika disabit kesalahan.   

 Tertuduh memahami pertuduhan yang dibacakan dalam Bahasa Mandarin namun tiada sebarang pengakuan direkodkan.
   
 Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Safiah Abdul Aziz manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
   
 Pendaftar Mahkamah Sesyen Batu Pahat, Rosmaliana Osman menetapkan kes disebut semula pada 11 Julai ini di Mahkamah Majistret, di sini, sementara menunggu laporan bedah siasat dan bagi membolehkan tertuduh melantik peguam.
- Bernama


NBFX

Meskipun artikel yang diterbitkan disini adalah dibawah pengurusan Batu Kurau, anda dinasihati menapis setiap sumber untuk mencari kebenaran. Pihak Batu Kurau Kampungku Blogspot tidak bertanggungjawab diatas sebarang salahlaku dan komen anda di blog ini. Terima Kasih

0 comments:

Catat Ulasan

 

Copyright @ 2013 Batu Kurau Kampungku.