uiikk...hai berjumpa lagi kita dalam segmen perang hackers ni..hehe..
Macam post Admin S sebelum ni yang mengenai perjuangan hackers tu.. Okey, sebenarnya mereka telah berjaya mengodam banyak laman web Israel & maklumat-maklumat lain dari Israel sehingga kan hackers Israel marah dan membuat serang balas terhadap laman web Arab Saudi..tapi dia silap, sbenarnya bukan hackers Arab je yang serang tu..hehe.. Admin tak moh ckp banyak, baca ja atikel dari berita harian kat bawah tu.. Tapi apa-apa pun, Admin ucap syabas kat semua hackers yang berjuang demi Islam.
RIYADH: Penggodam Israel yang menggunakan nama IDF-TEAM, membalas dendam serangan Arab Saudi terhadap Bursa Saham Tel Aviv dalam pusingan terbaru perang siber.
Penggodam Israel melumpuhkan laman web kedua-dua Bursa Saham Saudi (Tadawul) dan Bursa Sekuriti Abu Dhabi (ADX) Isnin lalu, dalam episod terbaru perang siber berterusan antara penggodam di kedua-dua negara berkenaan.
Penggodam Israel terbabit berupaya melumpuhkan laman web Tadawul, sambil menyebabkan kelewatan ketara kepada laman saham ADX.
Penggodam menulis bahawa serangan itu adalah sebagai tindak balas terhadap godaman ‘menyedihkan’ laman web Israel Isnin lalu.
Mereka memberi amaran jika serangan berterusan, penggodam akan “bergerak ke peringkat seterusnya dan melumpuhkan laman web untuk tempoh antara dua minggu sehingga sebulan.”
Awal pagi kelmarin, seorang penggodam pro-Israel menyenaraikan 30,000 alamat emel dan kata laluan Facebook “golongan Arab yang kebingungan” dalam laman godaman popular.
Penggodam yang menggunakan nama Hannibal, menulis bahawa tindakannya, yang bermula Jumaat lalu, adalah “serangan balas” selepas penerbitan perincian kad kredit Israel dalam internet oleh seorang penggodam Arab Saudi.
“Saya menyedari kebodohan Ox Omar dan rakannya,” katanya dalam satu kiriman yang dihantar kepada pastebin.com, laman sama digunakan penggodam Saudi.
“Negara Israel, jangan bimbang, anda berada di tangan penggodam terbaik dunia,” Hannibal memberi jaminan.
“Saya akan terus menyokong kerajaan Israel dan terus menyerang negara Arab,” katanya.
Hannibal mendakwa memiliki 30 juta alamat emel penduduk Arab, lengkap dengan kata laluan dan menguasai emel bukan hanya dari mangsa potensi namun dari pihak berkuasa di Perancis dan negara lain yang memintanya untuk berhenti. – Agensi
0 comments:
Catat Ulasan