Isnin, 16 Januari 2012

Lesu di waktu pagi


I kalau pagi memang liat sangat nak bangun terutamanya isnin..haih agi la rasa malas gila nak bangun sebab semalam cuti kan..tapi yang i pelik nya, kalu ahad senang lak i terjaga, bila time hari kerja punya la mak aih mata berat je nak buka..
Tadi sambil duduk mengemas email yang dh lama tak terurus tu i ternampak 1 email dari colleague I berkenaan tips untuk elak lesu time bangun tidur.Meh la i kongsi ngan u all semua ek .

  1. Bersihkan diri dulu before masuk tidur at least bahagian muka, tangan & kaki ok.
  2. Janganla  u all semua tidur lambat sangat kalau dah tau esok kerja.
  3. Lakukan gerak badan dan senaman ringan di atas katil setelah anda jaga dari tidur sebelum turun dari katil (sit up ker, regangan badan ker…dan lain-lain)
  4. Minumla segelas air masak sebelum tidur dan segelas lagi selepas bangun tidur..ikut pada email tu minum sebelum gosok gigi hehe..ikut pada cita rasa u all la ek
  5. Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam sebelum anda mandi. Selepas cuci mata tu mandi la jgn la nak mandi cm dlm citer P.Ramlee ok..
  6. Ambil wuduk dan solat Subuh..
  7. Cuba pasang bacaan ayat suci al-Quran atau lagu nasyid kegemaran anda pada waktu pagi..jgn la duk pasang lagu black metal je ok.. 
  8. Selepas bangun  tidur, buka tingkap dan lihat pokok-pokok hijau di luar rumah.
  9. Baca doa bangun dari tidur.fahami maksud doa dan cuba hayati maksudnya semasa anda baca doa tersebut .
  10. Niatkan dalam hati,anda akan menjadi seorang yang ceria dan terbaik hari ini.   





p/s:i kalu bangun pagi terus pikir nk makan ape n masak ape haha..cmne la badan x mcm dipam2..



NBFX

Meskipun artikel yang diterbitkan disini adalah dibawah pengurusan Batu Kurau, anda dinasihati menapis setiap sumber untuk mencari kebenaran. Pihak Batu Kurau Kampungku Blogspot tidak bertanggungjawab diatas sebarang salahlaku dan komen anda di blog ini. Terima Kasih

0 comments:

Catat Ulasan

 

Copyright @ 2013 Batu Kurau Kampungku.