Sabtu, 14 April 2012

Banjir Kampar

 


KAMPAR: Bilangan mangsa banjir di Kampar meningkat kepada 1,225 orang petang semalam berbanding 1,145 orang pada sebelah pagi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir berkata, daripada jumlah itu seramai 338 mangsa ditempatkan di dua pusat pemindahan iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampar dan Dewan Pulau Bergading, manakala selebihnya tinggal di rumah keluarga dan sahabat mereka.

Antara kampung terbabit banjir ialah Kampung Melayu, Kampung Baru, Kampung Pasir, Kampung Nyior, Jeram, Kampung Mesah, Kuala Dipang, Changkat Jering dan Kampung Batu 20.

Hujan lebat kelmarin menyebabkan air Sungai Kampar melimpah dan membanjiri kampung terbabit.


BERNAMA:13/04/2012


 

NBFX

Meskipun artikel yang diterbitkan disini adalah dibawah pengurusan Batu Kurau, anda dinasihati menapis setiap sumber untuk mencari kebenaran. Pihak Batu Kurau Kampungku Blogspot tidak bertanggungjawab diatas sebarang salahlaku dan komen anda di blog ini. Terima Kasih

0 comments:

Catat Ulasan

 

Copyright @ 2013 Batu Kurau Kampungku.