"Mak ai..berduyun" itu lah kata-kata member admin time sampai-sampai ja kami berdua kat stadium bukit jalil semalam. Memang ramailah, sebab perlawan pada hari selasa ari tu tak la pulak ramai macam gitu walaupun free..
Tapi semalam walaupun kene bayar, pnuh parking utama tu ha... Mana tak penuhnya Kelantan Fc bertemu Skuat Negara. Memang pujilah semangat sokongan penyokong-penyokong Kelantan Fc, sebab memang ramai walaupun kne bayar untuk tiket.
Perlawanan bermula agak hambar bila pemainan kedua-dua pihak agak "kureng" pada permulaan. Lebih kurang dalam 20 minit lebih macam itu (admin tak tengak waktu) pada sparuh masa pertama, pintu gol Kelantan berjaya dipecahkan. Selapas dari gol pertama itu, pemainan kedua-dua pihak mula menunjukkan prestasi yang baik. Tapi sayang bagi Kelantan kerana skuat Negara berjaya menyumbat sebiji lagi gol sebelum tamat nya separuh masa pertama.
Pada separuh masa kedua, Kelantan mengeluarkan seorang pemain import nya yang ada sedikit melakukan kesilapan kerana mengsia-siakan peluang pada sparuh masa pertama tadi. Dalam kebuntuan Kelantan dalam mencari gol penyamaan, skuat Negara tenambah sebiji lagi gol tak sampai selang 15 minit dari gol ketiga tadi, sebiji lagi gol buat skuat Negara yang membuatkan Kelantan semakin terdesak dan tertekan.
Skuat Kelantan cuba memecahkan benteng pertahan skuat Negara dengan melakukan berberapa serangan ke pintu gol skuat Negara, tetapi ianya seperti mudah dikengkang oleh pertahanan skuat Negara.
Keputusan kekal 4-0 sehingga ke masa tambahan. 5 minit masa tambahan yang diberikan seolah-olah menghukum skuat Kelantan apabila, pintu gol Kelantan bocor lagi pada saat-saat akhir sebelum wisel dibunyikan.
Keputusan berakhir dengan Malaysia 5, Kelantan 0. Tahniah skuat Negara, walaupun pemain yang diturunkan oleh K.raja gopal muka-muka baru, tetapi ia memang berbaloi untuk perlawanan persahabatan itu.
p/s: selamanya
0 comments:
Catat Ulasan