Rabu, 18 Disember 2013

Skim Bijak Malaysia - Pelaburan



Skim ini telah lama wujud dan sebelum ini telah ditutup pembelianya. Tetapi pada bulan Julai lepas skim ini telah dibuka kembali dan dikatakan akan dibuka hanya sehingga bulan Jun tahun 2014.

Skim ini menawarkan pulangan dividen pada setiap 3tahun kepada pencarumnya dan tempuh matang untuk skim ini adalah apabila anda berumur 88tahun.
Syarat untuk skim ini anda haruslah berumur kurang dari 50tahun. (50 ke bawah) *dan lain-lain syarat. 

Nilai bayaran untuk skim ini adalah RM100 setiap bulan (dipotong terus dari akaun)  sehingga anda mencapai umur 55tahun. Selepas dari anda berumur 55tahun, anda tidak perlu membayar apa-apa, tetapi anda tetap akan menerima dividen. Ini bermaksud, contohnya anda mengambil skim ini pada umur 23tahun, maka anda hanya perlu bayar RM100 setiap bulan dan setiap 3tahun anda akan menerima dividen, dan apabila umur anda mencecah 55tahun, anda akan tetap menerima dividen tetapi anda TIDAK perlu membayar apa-apa dah.

Dan apa bila anda memcecah umur 88tahun (matang), anda akan mendapat "Duit Matang" anda. Duit matang ini adalah bergantung pada umur anda memulakan skim ini. Contoh jika anda bermula skim ini pada umur 23tahun, maka nilai duit matang ini pada umur 88tahun nanti adalah RM28900 (ini tidak termasuk dgn dividen anda setiap 3tahun).
Untuk senarai umur, dividen dan nilai matang, boleh rujuk gambar dibawah. (Lelaki & Perempuan tidak sama)

Katakan jika berlaku kematian, waris anda akan menerima 200% dari nilai "Duit Matang" sekiranya kematian terjadi pada tahun ke-3 anda mengambil skim ini. Untuk lain-lain jenis kematian dan kecacatan rujuk jadual dibawah.


FAEDAH PERLINDUNGAN
% TEMPOH BAYARANKEMATIANHILANG UPAYA (KECACATAN)
SEMULAJADIKEMALANGANSEMULAJADIKEMALANGAN
TAHUN 1-2 PERTAMA25%400%25%200%
TAHUN KE 3 SEHINGGA UMUR 55200%400%200%200%
UMUR 56 SEHINGGA 65100%200%100%100%
65 SEHINGGA UMUR 88100%100%TIADATIADA

**untuk maklumat lebih lanjut, hubungi CIMB atau mana-mana bank berdekatan dengan anda.

NBFX

Meskipun artikel yang diterbitkan disini adalah dibawah pengurusan Batu Kurau, anda dinasihati menapis setiap sumber untuk mencari kebenaran. Pihak Batu Kurau Kampungku Blogspot tidak bertanggungjawab diatas sebarang salahlaku dan komen anda di blog ini. Terima Kasih

1 comments:

  1. makna nya kalau kita umur 23, dividen kita dapat setiap 3 tahun ialah rm1445.. then bila umur 88 kita dpt rm28900.. so mean 1445x21=30345 + 28900 = rm59245. betul?

    lau kita simpan sendiri rm 100 setiap bulan sehingga umur 55 (32 tahun) = (100x12)x32=rm38400...

    untung ;)

    BalasPadam

 

Copyright @ 2013 Batu Kurau Kampungku.