Peristiwa yang cukup mengejutkan terjadi lagi di China. Baru-baru ini di Sichuan, China didapati terdapat janin dalam perut kanak-kanak lelaki yangn kini berusia 4 tahun.
Menurut The Star, ianya diketahui kerana kanak-kanak lelaki tersebut lahir dengan perutnya yang buncit. Namun pada mulanya menurut Kwong Yit Poh, janin yang
terdapat dalam perut kanak-kanak lelaki tersebut tidak akan membesar.
Rahsia kewujudan janin didalam perut kanak-kanak yang dinamakan rahsiakan itu akhirnya diketahui apabila beliau mengalami kesukaran untuk bernafas. Setelah dilakukan pemeriksaan, bertapa terkejutnya doktor saat mendapati adanya janin di dalam perut kanak-kanak lelaki tersebut.
Lantas pembedahan untuk mengluarkan janin tersebut dilakukankan. Janin tersebut memiliki panjang 20 cm, memiliki tulang belakang, termasuk jari tangan dan kaki yang telah terbentuk.Tak hanya itu, organ dalaman janin ini juga sebenarnya telah terbentuk.
Besar janin itu memenuhi 2/3 ruang perut kanak-kanak lelaki tersebut.
Menurut doktor, itu adalah cryptodidymus atau kembar siam yang dialami sang ibu selama kehamilannya.
Dalam penghamilan tersebut, salah satu janin berukuran kecil dan kurang membesar sehingga menjadi kembar parasit yang tersembunyi di dalam tubuh bayi yang lain. Selepas pembedahan kanak-kanak lelaki tersebut dilaporkan stabil.
Kejadian seperti sebenarnya telah banyak berlaku diluar negara. Sebelum ini di Chiclayo,Peru, seorang kanak-kanak lelaki bernama Isbac yang berusia 3 tahun juga mengalami nasib yang sama.
Isbac juga berjaya melalui pembedahan untuk mengeluarkan janin dalam perutnya yang bersaiz 25cm dan berat 700gram di hospital Las Mercedes.
Dibawah adalah gambar Isbac dan video pembedahannya.
0 comments:
Catat Ulasan