Selasa, 19 Jun 2012

Malaysia Dilandar Jerebu Teruk



Bukan sahaja di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kedah juga dikatakan kini mengalami masalah jerebu yang teruk.

Langkah berjaga-jaga dan pencegahan awal perlu dilakukan orang ramai biarpun tahap bacaan indeks pencemaran udara (IPU) berada di tahap sederhana.

 Exco Kesihatan, Belia dan Sukan, Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib berkata, keadaan cuaca yang berjerebu boleh mengundang masalah pernafasan terutama kepada penghidap asma.

 Menurutnya, mereka yang menghidap penyakit berkaitan pernafasan seharusnya mengambil langkah berjagajaga termasuk mengurangkan aktiviti luar rumah. “Mereka yang menghidap asma atau alahan mudah terdedah kepada  asalah pernafasan pada keadaan cuaca berjerebu dan kering.
“Selain perlu mengurangkan aktiviti luar, kita juga menyarankan kepada orang ramai agar memakai topeng muka,” katanya. Dr Hamdan berkata, keadaan cuaca seperti ini juga boleh mengundang masalah penyakit melibatkan kerongkong sehingga paru-paru.

 Beliau berkata, langkah pencegahan lain yang perlu diambil termasuklah meminum air masak yang banyak dan mencukupi. “Sekiranya keadaan jerebu yang teruk ia juga boleh menyebabkan masalah penglihatan kepada orang ramai.

“Jika aktiviti luar dapat dielakkan, adalah lebih baik tidak melakukannya supaya dapat mengelak daripada sebarang penyakit,” katanya.Ambil langkah pencegahan, kurangkan aktiviti luar.




KLCC di lindungi jerebu


Atas Jambatan Pulau Pinang
Bandar Alor Star




~mujur kat perak tempat admin ni kena..~



NBFX

Meskipun artikel yang diterbitkan disini adalah dibawah pengurusan Batu Kurau, anda dinasihati menapis setiap sumber untuk mencari kebenaran. Pihak Batu Kurau Kampungku Blogspot tidak bertanggungjawab diatas sebarang salahlaku dan komen anda di blog ini. Terima Kasih

0 comments:

Catat Ulasan

 

Copyright @ 2013 Batu Kurau Kampungku.