Huh, Berita Hangat- Berita Hangat...
Cerita apa lagi yang hangat la ni kalu bukan pasal Aaron Aziz Vs Zed Zaidi tu ha. Sebelum ni Nur takda la tergerak hati nak wat liputan pasal kes tu, sebab bagi Nur itu akan reda macam tu je nanti. Tapi tup-tup, tadi Nur terbaca pula blog si Zed Zaidi ni ha tentang pertikataan beliau sebelum ini yang telah di balas oleh Aaron Aziz.
Bagi yang masih belum tahu, begini ceritanya.
Sebelum ini Zed Zaidi telah mempertikaikan kemenangan Aaron Aziz dalam ABPBH 2011 dengan meluahkan beliau lebih berbangga jika artis Malaysia yang terpilih untuk memenangi Anugerah Bintang Popular ABPBH 2011, melalui Twitter nya.
Selepas Zed Zidi mengeluarkan luahan itu, Aaron Aziz bertindak menjawab kenyataan itu dengan menyifatkan Zed Zaidi sebagai
tidak matang kerana menjadikan isu kewarganegaraan bagi mempertikaikan
kemenangannya.
Terbaru, Zed Zaidi telah menulis penerangan di blog miliknya mengapa beliau kurang senang dengan kehadiran artis-artis luar memonopoli anugerah dan industri hiburan negara.
Berikut adalah penerangan yang ditulis di blog Zed Zaidi
Assalamualaikum kepada semua... wah..!!! makin panas cerita aku bila
balik dari ABPPH tak sangka macam pisang panas!. Tapi aku tak kisah..
"AKU KENA BUAT APA YANG AKU PERLU BUAT" dah jadi TANGGUNGJAWAB aku
sebagai seorang PEMIMPIN yang harus membuat kerja dengan AMANAH, JUJUR,
IKHLAS dalam PERJUANG! Ya! aku sedar ramai yang suka, dan lagi ramai
yang TAK SUKA AKU!, aku tak kisah! BERANI KERANA BENAR, aku memegang
prinsip " WALAUPUN PAHIT TERPAKSA DI TELAN " dan " KALAU TAKUT DI LANDA
OMBAK, JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI!!! ".
Mengenai
status di TWEETER dan FACEBOOK aku, Aku TETAP dengan PENDIRIAN AKU!
oleh kerana setiap statement yang aku buat aku akan bertanggungjawab,
dan untuk pengetahuan semua, ada aku sebut nama ARTIS KE? ada aku sebut
EVENT MANA KE? jadi bila aku meletakan status yang aku BERBANGGA MENJADI
RAKYAT MALAYSIA, menjadi pertikaian oleh RAKYAT MALAYSIA, KENAPA EH?
Bukan korang pemegang MYKAD ke? ke korang pemegang ID KAD atau PASSPORT
dari NEGARA LAIN? hmmm...
Pokok-pokok
keduduk di tepi pagar, Memakan landak di atas kota, Harap saudara
saudari cuba dengar, Saya hendak membalas kata. Itu baru nak buka
bicara, cuma korang hayati pantun aku ni, BUDAK BUDAK BERMAIN GULI, MARI
BERMAIN DI TENGAH LAMAN, JIKA KITA TAK BERHATI HATI, TAKUT TERGADAI
KAMPUNG HALAMAN! tu maksud kalau kita tak berhati hati habis MALAYSIA
ni.. Mungkin korang sedar tak sedar banyak pengaruh dari luar termasuk
la.. artis artis luar bekerja di MALAYSIA ni... aku cuma nak tau, bila
korang sanjung ARTIS LUAR ni adakah di negara diorang, rakyat diorang
SANJUNG ARTIS MALAYSIA macam mana korang sajung diorang eh? ada ke?
hmm... kadang kadang aku rasa kesian dengan ARTIS MALAYSIA ni terasa
macam di anak TIRIKAN di NEGARA SENDIRI je!
WAHAI..
ARTIS ARTIS MALAYSIA, BANGKIT LA!! BERSATU LA KITA...!! KITA DI JAJAH
SECARA DIAM! LAMA KELAMAAN MALAYSIA NI BUKAN MILIK KITA. SUMBER MALAYSIA
DI MAKAN OLEH ORANG LUAR! APA TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI RAKYAT
MALAYSIA YANG MEMPUNYAI MYKAD! CUBA KITA FIKIR 5 KE 10 TAHUN AKAN DATANG
APA YANG AKAN JADI PADA INDUSTRI SENI KITA INI? SIKIT SIKIT ARTIS LUAR
MASUK, TAK KIRA YANG BUAT KONSERT TERMASUK YANG BERLAKON, BELUM CAMPUR
JADI PENGACARA LAGI? HMMM... DI MANA ARTIS MALAYSIA NI? MEMANG
PERSAINGAN ITU SIHAT, TAPI SIHAT KE KITA DI NEGARA SENDIRI? KEPADA ARTIS
MALAYSIA LUAHKAN RASA TIDAK PUAS HATI ANDA DI MANA MANA PLATFORM YANG
ANDA ADA TIDAK KIRA DARI TWITTER, FACEBOOK, BLOG DAN SEBAGAINYA SUPAYA
PIHAK KERAJAAN AKAN PRIHATIN DENGAN KEADAAN DAN TAHU MASALAH DALAM
INDUSTRI KITA!!!
Setahu
aku la... kalau orang yang memegang passport sebagai pelawat di
Malaysia ni tak boleh bekerjakan? macam mana artis luar ni boleh bekerja
di Malaysia? dan satu lagi kalau dapat permit kerja untuk bekerja di
sini, siapa yang menyokong mereka ni? produksi? atau station TV? untuk
kepentingan peribadi ke atau kepentingan industri yang tak cukup ARTIS?
hmm... susah nak jawab jadi pihak kerajaan tolong tolong lah cek artis
luar ni diorang datang sini bercuti ke? atau bekerja pakai pas
pelawat.... pihak immigration tolong tolong lah cek ye jangan makan gaji
buta je.
Kesian
aku tengok artis malaysia ni, nak demand sikit pun tak boleh tapi artis
luar kalau demand terus bagi, untungnya jadi artis luar. itu belum
termasuk kalau dah kumpul duit banyak banyak kat MALAYSIA pastu duit
diorang pegi ke mana? tak bawak semua ke negara diorang ke? rosak
ekonomi Malaysia! haii... macam macam.. Ada pulak ARTIS LUAR ni dah la
cari makan kat sini boleh BERLAGAK pulak tu dengan ARTIS MALAYSIA.
HEBATNYA KORANG NI!!! WELL DONE!!!
Jadi
tolong tolong beringat sesama sendiri YANG MENJATUHKAN BANGSA KITA
ADALAH BANGSA KITA SENDIRI. Nak menyokong ARTIS LUAR tak salah... cuma
perlu diingatkan ARTIS MALAYSIA MESTI DI BERI KEUTAMAAN DULU!!! Aku
sebenarnya bukan tak puas hati siapa menang siapa kalah, cuma aku perlu
menegakkan HAK HAK ARTIS MALAYSIA di MALAYSIA ni. itu je... lepas ni aku
nak CADANGKAN kalau nak buat apa saja ANUGERAH contohilah FESTIVAL
FILEM MALAYSIA, syaratnya yang bertanding MESTI dan WAJIB ORANG MALAYSIA
yang mempunyai MYKAD. jadi renung-renungkan dan selamat malam.
ANAK SENI PEWARIS BUDAYA, BERANI BERUBAH UNTUK TRANSFORMASI!!!
0 comments:
Catat Ulasan