Assalamualaikum,
Entah ada orang ke dak yang nak baca info yang admin nak bagi ni. Maklumlah entry pertama dari admin la katakan.
Isu "Spam Email" memang dah biasa dah la kat dunia ni, tapi apa yang admin nak bagi tau kat hangpa ari ni, tentang tektik baru penipu-penipu ni.
Tektik terbaru depa ni senang ja, depa hantar email yang bunyi-bunyi macam depa ni perlukan bantu dari kita untuk laburkan duit depa yang beribu-ribu tu kepada yayasan kebajikan. Kalu baca sekali imbas memang akan rasa kita nak bantu...Apatah lagi bila kita lihat angka duit yang depa katakan tu, kalu yang tamak tu memang rabun mata la jawabnya.
Mereka ni memang sangat licik, ayat-ayat yang depa tulis, perrgh... memang sedih kalu baca.. Sekiranya anda membantu depa ni, depa akan minta account bank anda konon nya untuk pindahkan duit depa tu ke account anda,..ITU TIPU SAHAJA, sebaliknya ianya untuk tujuan penipuan.
Kebanyakan mereka ni tak akan hantar 1 email je, depa akan hantar berberapa kali menggunakan alamat email palsu yang berlainan. Ada juga yang guna nama Dato', Datin, dan lain-lain. So berhati-hatilah, sekiranya anda tertipu oleh sediket-sediket ini, laporkan segera pada pihak polis serta kementerian kemunikasi dan multimedia.
Yang terbaru admin perasan, depa ni juga menggunakan ayat "Assalamualaikum" pada permulaan email depa. Depa sanggup guna ayat "Assalamualaikum" untuk menipu orang.Kat bawah ni admin ada sertakan print screen Email-email yang macam itu.
p/s: Jangan rabun mata kerana wang.
tidak..sy xrabun lagi..hehe
BalasPadamHehe.. Bagus ler ^-^
Padam