Rabu, 18 Januari 2012

Sambungan Mengenai "wikipedia blackout"





 

Dari Washington –Wikipedia telah menutup lamannya selama 24 jam bermula tengah malam Rabu sebagai protes ke atas  rang undang-undang Menyekat Cetak Rompak Dalam Talian AS (Sopa) dan Akta Hak Milik (Pipa) yang kini sedang diperdebatkan oleh Kongres Amerika Syarikat.
Pengguna yang cuba melayari web Wikipedia hanya akan melihat Black Screen dengan paparan “Imagine a world without free knowledge”.


Selain Wikipedia, laman Reggit dan blog Boing Boing turut menyertai protes ini namun Twitter enggan menyertainya.

Pengasas web Wikipedia, Jimmy Wales berkata, perkara yang terkandung dalam dua rang undang-undang itu akan memberikan kesan yang besar walaupun tidak mempunyai kaitan dengan cetak rompak.
Beliau memakluman bahawa pada bulan Disember lalu, selepas  perbincangan mengenai akta berkenaan disiarkan dalam lama webnya, ramai yang membantahnya selepas pengundian dilakukan.
Justeru, selepas mengambil kira bantahan itu, maka Wikipedia mengambil keputusan untuk menutup lamannya selama 24 jam.

“Apabila mereka mengakses ke lama ini, mereka akan melihat penjelasan yang dilakukan oleh Wikipedia dan bantahan kami terhadap rang undang-undang berkenaan. Kami berharap agar langkah yang diambil ini akan menyedarkan orang ramai bahawa jika mereka hanya mendengar Hollywood sahaja, maka ia bukan idea yang bernas,” kata Jimmy Wales lagi, tujuan beliau melakukan protes ini kerana undang-undang yang terkandung dalam akta cetak rompak itu adalah teruk dan hanya mengikut versi ahli kongres termasuk mewujudkan rejim bagi menyekat (Sistem Domain Nama) DNS seperti yang dilakukan oleh China.

“Saya rasa ia bukan langkah terbaik bagi Amerika Syarikat dalam usahanya menjadi peneraju kepimpinan di internet,” akhir katanya


sumber: Wikipedia =)


NBFX

Meskipun artikel yang diterbitkan disini adalah dibawah pengurusan Batu Kurau, anda dinasihati menapis setiap sumber untuk mencari kebenaran. Pihak Batu Kurau Kampungku Blogspot tidak bertanggungjawab diatas sebarang salahlaku dan komen anda di blog ini. Terima Kasih

0 comments:

Catat Ulasan

 

Copyright @ 2013 Batu Kurau Kampungku.