Maka tersebutlah kisah tentang seorang Tok Batin yang sangat hebat dan telah banyak berjasa dalam membantu Kerajaan Malaysia dalam mempromosikan barangan buatan tangan dikalangan masyarakat orang asli Malaysia semasa promosi Tahu Melawat Malaysia pada tahun-tahun yang lepas.
Nak dipendekan cerita, suatu hari Tok Batin terasa ingin sangat keluar kebandar untuk berjalan-jalan..Almaklumlah duit habuan promosi tahun -tahun lepas tu tak digunakan pun.
Tetapi Tok Batin itu pening memikirkan bagaimana beliau mahu ke bandar yang terletak agak jauh nun dihilir. Dalam keadaan termenung dia mendapat idea untuk ke bandar dengan menaiki bas. Maka keesokan paginya Tok Batin pun bersiap-siaplah untuk ke bandar, kakinya terus menyarung selipar jepunnya yang disimpan dalam almari (jarang pakai..slalu kaki ayam je)
Lalu berjalan lar Tok Batin ni dengan laju menuju ke tempat hentian bas takut tertinggal bas (5jam skali je bas lalu situ)... Di hentian bas itu dalam keadaan machobeliau bertanya seorang pemuda yang sama-sama tunggu bas kat situ. "Bas perghi pekan dah sampai..?" konon-konon macam dah biase naik bas la tu..
"Kejab lagi sampai la tu"...jawab pemuda tu
Maka 2 minit selepas tu, bas pun sampai...Tok batin pun menyuruh orang lain naik dulu, sebbab dia kelam kabut sikit..almaklumlah first time naik bas.
Die yang last naik, maka dia pun duduk disebelah konduktor bas.
"Tok Batin nak g mana?"..brader konduktor sure knal la tgk cara pakaian tok batin tu pun dah tahu.
"Aaaa....nk perghi pekan ler..nak tenghok cita hindustan.." jwb tok batin dgn selamba..lepas membayar tambang Tok Batin tak bergerak-gerak lagi disebabkan rasa ngeri naik bas..dah la laju plak tu..
Sampai je kat pekan..kenduktor memberitahu penumpang..."ok dah samapai turun pelan-pelan..!"
Maka tok batin yang dari tadi terbeliak bijik mata naik bas laju..trus bangun..dan tetiba ja kat tangga bas tu dah gabra tahap gaban...Bila konduktor tu nampak Tok Batin tu tak turun-turun maka dia pun bertanya.. "hah Tok..apasal plak tu..?"
Dengan nada marah Tok Batin tu menjawab..."Mana slipar aku...tadi aku naik aku taruk kat bawah tangga ni...sapa kebassshh sliparrr aku..!!"
sumber: member blog admin
hahah ..p tinggal selipar buat apa kan .. adess
BalasPadamhaha..terlalu sopan la tu..hehe
BalasPadam